Presiden PAS berkata tiada tindakan diambil sehingga parti itu memutuskan kerjasama politik.Presiden PAS berkata tiada tindakan diambil sehingga parti itu memutuskan kerjasama politik.

Hadi dakwa Bersatu sibuk masalah dalaman, tak bertindak teguran PAS

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
hadi awangHadi Awang berkata PAS wajib bertindak tegas menamatkan kerjasama dengan Bersatu demi perjuangannya yang berprinsip. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden PAS Hadi Awang berkata partinya sudah menegur Bersatu berhubung isu berbangkit dalam mesyuarat, pertemuan khusus dan peribadi, namun mendakwa tiada tindakan diambil kerana ia sibuk dengan masalah dalaman.

Beliau berkata, masalah dalaman itu termasuk pemecatan, penggantungan dan tindakan keluar parti dalam Bersatu, yang menurutnya menjejaskan kekuatan Perikatan Nasional (PN) kerana membabitkan jumlah ramai.

Walaupun tidak menyebut secara khusus masalah dalaman itu, Hadi mungkin merujuk pemecatan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai ahli serta timbalan presiden Bersatu.

Turut dipecat pemimpin menyokongnya seperti Saifuddin Abdullah, Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dalam tulisan Minda Presiden, Hadi membangkitkan isu seperti tindakan dilihat melemahkan dan memperbodohkan PAS yang cuba meneroka kerjasama dengan lebih banyak parti politik tetapi dihalang Bersatu.

Antara parti Melayu-Islam dan parti bukan Islam disifatkannya ‘tidak ekstrem’ terbabit ialah Berjasa, Pejuang, Iman, Putra dan MIC.

“PAS menyelami keadaan yang salah dan cuba membuat pembetulan terhadap Perlembagaan PN yang bersifat sangat lemah dan menegur perangai yang salah dalam mesyuarat melalui pertemuan khusus dan pertemuan peribadi.

“Namun begitu, tiada tindakan daripada Bersatu yang sibuk dengan masalah dalamannya.

“Akhirnya, PAS terpaksa menelan pahitnya dalam pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri,” katanya menjelaskan sebab PAS membuat keputusan memberhentikan ‘taawun siyasi’ atau kerjasama politik dengan Bersatu, Isnin lalu.

“PAS wajib melakukan sesuatu yang tegas demi perjuangannya yang berprinsip.”

Semalam, Marzuki Mohamad, bekas pegawai Muhyiddin mendakwa Bersatu sudah bersetuju dengan syarat dikemukakan PAS namun tidak sempat membincangkannya apabila rakannya dalam PN itu mengumumkan keputusan mereka.

Antara syarat ialah membenarkan parti Melayu-Islam lain menyertai PN serta berdamai dengan kumpulan bekas pemimpin Bersatu diketuai Hamzah.

Hadi dalam tulisan itu turut mendakwa, Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin bertindak ‘rakus’ dalam pembahagian kerusi pilihan raya sehingga menyebabkan ahli PAS terpaksa bekerja untuk calon Bersatu.

Beliau mendakwa, Bersatu tidak mengambil kira kelayakan calon, kemampuan jentera dan jumlah ahli ketika rundingan kerusi pilihan raya.

Tegasnya, keadaan itu juga menjadi antara punca PAS bertindak menamatkan kerjasama.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0,0602
$0,0602$0,0602
+10,76%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage