Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas presiden AS ancam 'merampas' Pulau Kharg yang menjadi terminal tenaga penting Iran.Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas presiden AS ancam 'merampas' Pulau Kharg yang menjadi terminal tenaga penting Iran.

Perjanjian tamat perang AS-Israel terhadap Iran mungkin meterai hujung minggu, kata Trump

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Trump and Mojtaba Khamenei 12626Presiden AS Donald Trump membayangkan Pemimpin Agung Iran Mojtaba Khamenei telah meluluskan perjanjian menamatkan perang itu.

WASHINGTON: Satu perjanjian menamatkan secara kekal perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran mungkin ditandatangani seawal hujung minggu ini, kata Presiden Donald Trump pada Khamis, ketika perkembangan berkaitan konflik itu berubah secara mendadak sepanjang hari, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami baru sahaja mencapai satu penyelesaian besar terhadap perang dengan Iran dan, tertakluk kepada pemuktamadan dokumen yang dijangka selesai dalam beberapa hari akan datang, kami mungkin akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian, mungkin di Eropah,” kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval.

Trump berkata, majlis menandatangani itu ‘boleh berlaku tidak lama lagi, sangat tidak lama lagi, mungkin hujung minggu ini’ dan Naib Presiden JD Vance akan mewakili AS bersama perunding, iaitu utusan khas Steve Witkoff serta penasihat Jared Kushner.

Menurut Trump, beliau tidak dapat menghadiri majlis menandatangani perjanjian yang mungkin diadakan pada hujung minggu ini, dipercayai disebabkan beberapa acara yang telah dirancang di Washington bagi meraikan ulang tahun ke-250 AS.

Ketika ditanya sama ada Pemimpin Agung Iran Mojtaba Khamenei telah meluluskan perjanjian menamatkan perang itu, Trump berkata: “Setakat yang saya faham, jawapannya ya.”

Trump berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa rakan kongsi serantau yang membantu menjadi perantara perjanjian itu dan akan menghubungi Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, yang menurutnya memainkan peranan besar dalam usaha menamatkan perang berkenaan.

Tentera AS melancarkan serangan hari kedua terhadap beberapa sasaran di Iran pada Rabu malam selepas Iran menembak jatuh sebuah helikopter Apache di Selat Hormuz, pada Isnin.

Sementara itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa 18 sasaran ketenteraan utama AS di pangkalan Ali Al Salem dan Ahmad Al Jaber di Kuwait, Pangkalan Udara Sheikh Isa di Bahrain, serta sebuah pangkalan di Jordan yang menempatkan jet pejuang Amerika, telah diserang.

Beberapa jam sebelum mengumumkan perkembangan positif dalam rundingan itu, Trump mengancam untuk terus melancarkan serangan ‘dengan sangat kuat’ terhadap Iran selain mengancam untuk ‘merampas’ Pulau Kharg, yang merupakan terminal tenaga penting bagi Tehran.

Ketika ditanya sama ada ancaman itu masih dipertimbangkan, Trump memberitahu pemberita: “Jika kami menandatangani perjanjian ini, ia tidak lagi berbangkit.”

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000258
$0.0000258$0.0000258
+0.58%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage