Tertuduh yang berusia 27 tahun itu didakwa melakukan rompakan di rumah bekas pemain badminton negara berkenaan di Taman Tun Dr Ismail, bulan lalu.Tertuduh yang berusia 27 tahun itu didakwa melakukan rompakan di rumah bekas pemain badminton negara berkenaan di Taman Tun Dr Ismail, bulan lalu.

Warga asing didakwa rompak rumah Razif Sidek

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Razif SidekBekas pemain badminton negara, Razif Sidek, mencipta kejayaan besar dalam acara beregu lelaki bersama adiknya, Jalani, apabila mereka membentuk antara gandingan paling berjaya negara pada era 1980-an dan awal 1990-an. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang warga asing berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun selepas didakwa melakukan rompakan bersenjata di rumah bekas pemain badminton negara, Razif Sidek, bulan lalu.

Fawyas Yasin, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Siti Shakirah Mohtarudin hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan bersenjatakan sebilah pisau di rumah Razif, 64, di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail, kira-kira 12.20 tengah hari pada 19 Mei.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya J Banusha membantah jaminan atas alasan kesalahan itu serius, selain memaklumkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) milik Fawyas sudah tamat tempoh.

Beliau turut berhujah ada risiko tertuduh mengganggu saksi.

Peguam Mansheel Kaur memohon jaminan diberikan dengan berkata Fawyas menyara isterinya yang tidak bekerja serta anak mereka berusia 10 bulan menggunakan pendapatan harian sebanyak RM50.

Beliau berkata anak guamnya, yang menetap di Malaysia sejak 15 tahun lalu, sedang dalam proses memperbaharui kad UNHCR.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan jaminan dan menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes.

Razif mencipta kejayaan besar dalam acara beregu lelaki bersama adiknya, Jalani, apabila mereka membentuk antara gandingan paling berjaya negara pada era 1980-an dan awal 1990-an.

Antara pencapaian utama dalam kariernya ialah memenangi pingat gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Selepas bersara daripada badminton kompetitif, Razif terus terbabit dalam sukan itu menerusi peranan kejurulatihan dan pembangunan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.