Mahkamah Tinggi KL putuskan bahawa plaintif tiada locus standi untuk kemukakan tindakan.Mahkamah Tinggi KL putuskan bahawa plaintif tiada locus standi untuk kemukakan tindakan.

Indira Gandhi, 13 individu lain gagal cabar undang-undang tukar agama sepihak

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
indiraM Indira Gandhi dan 13 individu lain mohon deklarasi bahawa peruntukan negeri benar pengislaman kanak-kanak secara sepihak adalah terbatal kerana tidak konsisten dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman pemula yang difailkan oleh M Indira Gandhi dan 13 individu lain bagi mencabar peruntukan dalam beberapa enakmen Islam negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak secara sepihak.

Hakim Aliza Sulaiman memutuskan, plaintif gagal membuktikan locus standi untuk membawa tindakan tersebut.

“Saya mendapati dan memutuskan bahawa plaintif gagal memenuhi syarat ambang locus standi dalam membawa tindakan ini,” kata Aliza.

Saman yang difailkan pada Mac 2023 itu menamakan Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Johor dan Wilayah Persekutuan sebagai defendan.

Plaintif memohon deklarasi bahawa peruntukan negeri yang membenarkan pengislaman kanak-kanak secara sepihak adalah terbatal kerana tidak konsisten dengan Perkara 12(4) dan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga bersandar pada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi, yang memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan dalam menentukan agama kanak-kanak.

Sebagai alternatif, mereka memohon deklarasi bahawa semua penukaran agama kanak-kanak secara sepihak selepas keputusan kes Indira Gandhi pada 2018 memerlukan persetujuan kedua-dua ibu bapa dan patut dibatalkan.

Plaintif berhujah bahawa Perkara 12(4) menetapkan agama kanak-kanak mesti diputuskan oleh kedua-dua ibu bapa atau penjaga, dan undang-undang negeri yang membenarkan penukaran agama secara sepihak adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Mereka seterusnya berhujah, di bawah Perkara 75, undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri yang tidak konsisten, lantas menjadikan peruntukan yang dipertikaikan itu terbatal.

Aliza mendapati Indira gagal menunjukkan bagaimana kepentingannya akan terjejas jika pelepasan yang dimohon tidak diberikan.

Plaintif-plaintif lain juga gagal membuktikan bahawa mereka akan terjejas oleh peruntukan yang dicabar itu, katanya.

“Tiada keterangan dalam afidavit yang difailkan bagi menyokong saman pemula itu, atau dalam mana-mana afidavit lain yang difailkan oleh plaintif, yang menunjukkan bagaimana kepentingan mereka terjejas.

“Juga tiada keterangan bahawa plaintif kelima hingga ke-14 mempunyai anak bawah umur yang mungkin terkesan oleh mana-mana peruntukan yang dipertikaikan itu,” katanya.

Justeru, kata Aliza, kepentingan plaintif dalam perkara tersebut hanyalah bersifat hipotetikal atau akademik.

Defendan membangkitkan bantahan awal, berhujah bahawa beberapa plaintif tidak mempunyai kedudukan untuk memfailkan saman tersebut.

Mereka berkata, beberapa plaintif merupakan wakil kumpulan yang tiada kuasa untuk memulakan prosiding, manakala yang lain tiada kepentingan langsung kerana tidak mempunyai anak bawah umur yang terkesan oleh undang-undang tersebut.

Mereka turut mengemukakan bahawa sebahagian tuntutan itu bersifat hipotetikal dan akademik.

Mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos, mengambil kira perkara itu melibatkan kepentingan awam.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order