Jumlah tuntutan dibayar mencecah RM1.423 bilion hingga 31 Dis 2025.Jumlah tuntutan dibayar mencecah RM1.423 bilion hingga 31 Dis 2025.

1.88 juta rakyat terima manfaat skim perlindungan mySalam

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
mysalamSkim perlindungan kesihatan sosial, mySalam, beri manfaat kepada 1.88 juta rakyat.

KUALA LUMPUR: Skim perlindungan kesihatan sosial, mySalam, yang dikelola Kementerian Kewangan memberi manfaat kepada sebanyak 1.88 juta rakyat, dengan jumlah tuntutan dibayar mencecah RM1.423 bilion hingga 31 Dis 2025.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata program yang bermula pada 2019 dengan dana RM2.37 bilion itu kini menyediakan perlindungan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah dan pasangan yang layak hingga usia 65 tahun.

Fahmi berkata penerima yang layak boleh mendapat tiga bentuk manfaat utama iaitu elaun hospitalisasi sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari atau RM700 setahun, bantuan sekali bayar sehingga RM8,000 bagi 50 penyakit kritikal serta tuntutan kos peranti perubatan sehingga maksimum RM30,000.

“Bagi manfaat hospitalisasi, sebanyak 1.294 juta penerima menerima manfaat dan jumlah yang disampaikan kepada mereka berjumlah RM394.87 juta,” katanya pada sidang media.

Bagi kategori penyakit kritikal, skim itu memberi manfaat kepada 89,085 penerima dengan jumlah bayaran RM712.68 juta, manakala bagi peranti perubatan melibatkan 13,128 penerima dengan peruntukan sebanyak RM65.257 juta.

Prestasi skim berkenaan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage