Penganalisis Azmi Hassan berkata Mustapa Mohamed dan Noh Omar boleh membantu rampas kerusi Jeli serta Tanjong Karang.Penganalisis Azmi Hassan berkata Mustapa Mohamed dan Noh Omar boleh membantu rampas kerusi Jeli serta Tanjong Karang.

Mustapa, Noh boleh bantu rampas kerusi tapi bukan dominasi nasional Umno

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Mustapa Mohamed dan Noh Omar antara bekas pemimpin Umno yang menyertai semula parti bawah inisiatif Rumah Bangsa digerakkan Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Kemasukan semula bekas pemimpin Umno seperti Noh Omar dan Mustapa Mohamed mampu memberikan suntikan semangat merampas kembali kerusi tradisi, namun tidak cukup untuk membantu parti itu kembali dominan di peringkat nasional, kata penganalisis.

Bercakap kepada FMT, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara mengakui kepulangan bekas Ahli Parlimen Jeli dan Tanjong Karang boleh mencetuskan semangat positif buat parti.

Bagaimanapun, beliau berpendapat peranan pemimpin veteran seperti Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa dan Noh sepatutnya terhad sebagai penyokong atau penimbal di belakang tabir, bukannya kembali diletakkan sebagai calon pilihan raya.

“Kalau Tok Pa itu hendak digunakan untuk merampas kembali Jeli, tak semestinya beliau dijadikan calon. Saya rasa tak sesuai kerana ramai lagi anak muda yang seharusnya mampu merampas Jeli dengan bantuannya.

“Sama juga dengan Noh, Tanjong Karang memang sinonim dengan beliau. Tapi hakikatnya, perlu diberi peluang kepada orang lain yang lebih muda dan Noh membantu sebaik mungkin di belakang calon,” katanya.

Sebagai rekod, Mustapa keluar Umno selepas menang Parlimen Jeli pada PRU14 dan menyertai Bersatu, kemudian meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti itu pada 30 Sept 2023.

Beliau tidak mempertahankan kerusi Jeli pada PRU15.

Noh pula dipecat Umno pada 2023 dan tidak dipilih semula mewakili Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan Parlimen Tanjong Karang.

Dua kerusi itu dirampas oleh Perikatan Nasional (PN) pada PRU 2022.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Asyraf  Wajdi Dusuki, mengesahkan penyertaan semula Mustapa dan Noh ke parti itu bawah inisiatif Rumah Bangsa digerakkan Presiden Zahid Hamidi.

Mereka menyusuli bekas pemimpin utama Umno dan menteri termasuk Khairy Jamaluddin, Hishammuddin Hussein serta Syed Hamid Albar.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting pula berkata, Khairy dan Hishammuddin mungkin boleh membantu membawa Umno serta BN keluar daripada ‘kegelapan’ sejak pasca PRU14

“Mereka membawa imej lebih urban dan progresif,” katanya yang menyifatkan bergantung kepada pemimpin lama lain hanya langkah kosmetik.

“Ia tidak akan melonjakkan imej Umno di peringkat nasional.

“Malah, menonjolkan kelemahan struktur parti yang gagal melahirkan pemimpin baharu dengan daya tarikan nasional,” katanya.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage