Jakoa berkata dakwaan itu tidak tepat dan sehingga kini tiada tanah Orang Asli yang diwartakan dirampas oleh mana-mana pihak.Jakoa berkata dakwaan itu tidak tepat dan sehingga kini tiada tanah Orang Asli yang diwartakan dirampas oleh mana-mana pihak.

Jakoa nafi dakwaan tanah Orang Asli dirampas

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
orang asli serah memorandumOrang Asli berhimpun di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi menyerahkan memorandum, semalam.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menafikan tanah Orang Asli yang diwartakan telah dirampas seperti didakwa pihak tertentu.

Dalam kenyataan, Jakoa berkata dakwaan berkenaan tidak tepat dan sehingga kini tiada tanah Orang Asli yang diwartakan dirampas oleh mana-mana pihak.

“Untuk makluman, sehingga kini tiada mana-mana tanah Orang Asli yang diwartakan dirampas seperti yang didakwa,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Pada masa sama, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Jakoa turut menghargai pandangan serta cadangan dikemukakan menerusi memorandum yang diserahkan oleh pihak berkaitan.

Katanya, setiap perkara dibangkitkan akan diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan sewajarnya diambil.

“KKDW melalui Jakoa sentiasa komited dalam memperjuangkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli dengan memahami serta menangani isu, keperluan dan aspirasi komuniti tersebut, sekali gus memastikan suara, kepentingan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian,” katanya.

Semalam, KKDW menerima memorandum dikemukakan Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (Peka), Greenpeace Malaysia serta gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Asli Malaysia berhubung isu berkaitan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

Market Opportunity
Decentraland Logo
Decentraland Price(MANA)
$0.06743
$0.06743$0.06743
-0.26%
USD
Decentraland (MANA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage