Segala kos perobohan ditanggung oleh pemilik, yang sebelum ini benarkan komuniti warga asing untuk bina dan menetap di bangunan tersebut.Segala kos perobohan ditanggung oleh pemilik, yang sebelum ini benarkan komuniti warga asing untuk bina dan menetap di bangunan tersebut.

Pemilik tanah roboh bangunan haram 4 tingkat di Hulu Langat

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
flat rohingyaMenurut Majlis Perbandaran Kajang, bangunan itu dibina secara haram di atas tanah rizab kerajaan, manakala sebahagian lagi di atas dua lot tanah persendirian. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sebuah bangunan empat tingkat yang dijadikan petempatan untuk komuniti warga asing di Hulu Langat sedang dalam proses dirobohkan oleh pemilik tanah.

Memetik wakil penduduk Kampung Sungai Makau, Berita Harian melaporkan, kerja-kerja perobohan bermula pagi ini dan dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.

Jurucakap itu berkata, kos perobohan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik tanah, yang sebelum ini membenarkan sekumpulan kecil komuniti Rohingya untuk membina dan mendiami petempatan tersebut.

Tapak yang turut berfungsi sebagai pusat perniagaan kecil bagi komuniti itu dilaporkan telah dikosongkan oleh penghuni terdahulu kira-kira tiga hari lepas.

Awal minggu ini, Majlis Perbandaran Kajang menyatakan bahawa bangunan itu dibina secara haram di atas tanah rizab kerajaan, manakala sebahagian lagi di atas dua lot tanah persendirian.

Pihaknya juga memaklumkan, tiada kebenaran merancang dimohon untuk bangunan tersebut, dan tiada sebarang pelan infrastruktur atau bangunan dikemukakan bagi sebarang pembangunan di kawasan itu.

Market Opportunity
4 Logo
4 Price(4)
$0.00896
$0.00896$0.00896
-0.36%
USD
4 (4) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage