Marzuki Mohamad kata pengumuman Hadi Awang berhubung Hamzah Zainudin dan Wawasan adalah keputusan yang tidak dibuat dalam MT PN.Marzuki Mohamad kata pengumuman Hadi Awang berhubung Hamzah Zainudin dan Wawasan adalah keputusan yang tidak dibuat dalam MT PN.

Ciri-ciri Hadi ‘supreme leader’ terbukti, kata bekas pegawai Muhyiddin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Marzuki MohamadMarzuki Mohamad percaya MT PN akan menyokong keputusan Presiden PAS Hadi Awang, berhubung Hamzah Zainudin dan Wawasan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas pegawai kanan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata Hadi Awang mempunyai ciri-ciri ‘supreme leader’ selepas presiden PAS itu mengumumkan dua perkara menyentuh Perikatan Nasional (PN).

Marzuki Mohamad merujuk pengumuman Hadi bahawa PAS bersetuju untuk meneruskan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang, dan Wawasan akan menggunakan lambang PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Wawasan merupakan parti baharu Hamzah, dilancar semalam dalam majlis yang dirasmikan Hadi.

Menurut Marzuki, keputusan berkenaan tidak dibuat dalam majlis tertinggi (MT) PN, malah meneruskan Hamzah sebagai ketua pembangkang bertentangan dengan keputusan MT melantik pengerusinya, Ahmad Samsuri Mokhtar, bulan lalu.

Tambahnya, Hadi bukan ahli MT tetapi ‘berkuasa’ membuat keputusan PN, dan Marzuki percaya MT akan menyokong keputusan presiden PAS.

“Tak mungkin pengerusi PN yang juga naib presiden PAS tidak memasukkan kedua-dua perkara di atas sebagai agenda dalam mesyuarat MT PN akan datang.

“Kedudukan beliau sebagai pengerusi PN pun bergantung kepada ihsan presiden PAS,” katanya di Facebook, sambil seolah-olah menyindir Samsuri ‘dipecat’ sebagai ketua pembangkang sebelum memulakan tugas.

“Inilah ciri-ciri presiden PAS sebagai supreme leader (pemimpin agung).”

Hadi mengumumkan ketetapan PAS pada konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, petang tadi. Berhubung Hamzah, Hadi berkata PAS bersetuju selepas mendapatkan maklum balas Ahli Parlimen partinya serta wakil rakyat yang dikaitkan dengan Hamzah.

Berkenaan Wawasan, Kosmo memetik Hadi sebagai berkata pihaknya akan menghantar calon daripada Wawasan untuk bertanding pada PRN Johor dan Negeri Sembilan “guna logo PN”, pada sidang media selepas konvensyen.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000266
$0.0000266$0.0000266
+2.26%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage