Daripada TikTok dan pelitup muka karya Muhammad Darwisy Mustafani kini menghiasi istana menerusi sentuhan unik lukisan atas songket.Daripada TikTok dan pelitup muka karya Muhammad Darwisy Mustafani kini menghiasi istana menerusi sentuhan unik lukisan atas songket.

Dulu lukis atas pelitup muka, kini karya Darwisy hiasi istana

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Lukisan potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia yang dipersembahkan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian dua tahun lalu.

PETALING JAYA: Segalanya berubah buat Muhammad Darwisy Mustafani apabila potret bekas ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang dilukis di atas kepingan pelitup muka menarik perhatian ramai ketika pandemik Covid-19.

Sebelum itu, anak muda berusia 25 tahun itu hanya memuat naik video proses melukis di TikTok sebagai simpanan peribadi.

“Lukisan itu dapat banyak perhatian dan ramai yang tanya untuk beli,” katanya kepada FMT sambil menyatakan perkembangan itu membuatkannya sedar seni bukan sekadar hobi, tetapi boleh menjadi kerjaya jika dilakukan dengan serius.

Muhammad Darwisy Mustafani.

Graduan seni bina dari Kota Bharu, Kelantan, itu kemudian mula mencuba pelbagai bahan untuk menghasilkan karya yang berbeza.

Antara bahan pernah digunakan termasuk buah durian, kelapa, baju Melayu dan kain pelikat.

Darwisy akhirnya memilih songket sebagai identiti seninya kerana kain tradisional itu dekat dengan budaya Melayu.

Di tangannya, songket dijadikan kanvas untuk menghasilkan potret eksklusif yang dihiasi warna, kepingan emas dan batu Swarovski.

“Setakat yang saya tahu, saya mungkin antara yang terawal menghasilkan lukisan di atas songket. Tetapi di Malaysia juga ada pengkarya lain yang menggunakan kain tradisional seperti batik sebagai medium seni,” katanya.

Anak kelima daripada lapan beradik itu berkata melukis di atas songket bukan kerja mudah.

Menurutnya, setiap karya perlu melalui beberapa proses teliti, termasuk sapuan lapisan primer, susunan kepingan emas dan perincian batu Swarovski.

“Ada karya mengambil masa berminggu-minggu untuk disiapkan, bergantung kepada saiz dan tahap kesukarannya,” katanya.

Selain lukisan potret Muhammad Darwisy Mustafani turut menghasilkan karya seni berasaskan wau dan khat diinspirasikan daripada motif tradisional Melayu.

Usahanya mengangkat songket sebagai medium seni membuka peluang besar apabila beliau dihubungi seorang pegawai polis untuk menghasilkan potret sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian 2024.

Pada mulanya, Darwisy tidak tahu lukisan itu sebenarnya ditempah untuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia.

“Detik saya menerima mesej itu memang tidak dijangka. Saya agak terkejut kerana sebagai artis yang masih baharu terus diberi peluang menghasilkan projek sebesar itu,” katanya.

Darwisy berkata, karya diraja itu antara tugasan paling mencabar kerana setiap perincian pakaian istiadat, aksesori dan alat kebesaran perlu dilukis dengan tepat.

Muhammad Darwisy Mustafani menyiapkan lukisan potret Putera Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam di atas papan kayu dengan latar songket Brunei yang menjadi antara identiti unik karya seninya.

Karyanya kemudian mendapat perhatian di Brunei apabila beliau menjadi antara pelukis Malaysia yang melalui sesi sembah kenal bersama kerabat diraja sempena ulang tahun keputeraan ke-52 Putera Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah.

“Kalau dekat Malaysia biasanya saya tidak akan masuk sendiri istiadat untuk jumpa kerabat diraja, selalunya ada perantara.

“Tapi untuk kerabat diraja Brunei, saya perlu menyembahkan sendiri lukisan itu serta menerangkan karya berkenaan,” katanya.

Menurut Darwisy, Putera Mahkota Brunei turut menyatakan rasa kagum terhadap karyanya sebelum lukisan itu dipindahkan ke pejabat peribadi baginda.

Di sebalik kejayaan itu, Darwisy masih menerima kritikan segelintir netizen yang menganggap penggunaan songket sebagai pembaziran.

Namun, beliau berkata karya itu sebenarnya boleh memperkenalkan budaya Melayu kepada lebih ramai orang.

“Kita bukan nak bazirkan songket. Bila kita hasilkan lukisan seperti ini, ia boleh dipamerkan di dinding untuk orang ramai melihat dan mengenali budaya kain tradisional kita,” katanya.

Darwisy yang turut mewarisi kemahiran menjahit daripada ibunya berkata, beliau tidak menyangka percubaan melukis atas songket membawa kepada tempahan berprofil tinggi.

Kini, selepas dua tahun serius membina kerjaya seni, jadualnya penuh sehingga tahun depan.

“Dalam lima tahun akan datang, saya harap karya saya dapat masuk ke semua istana di Malaysia.

“Setakat ini, lukisan saya pernah dipersembahkan di Istana Negara serta istana di Selangor, Pahang, Kedah dan Brunei,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel