Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor Nurul Islam Yusoff nafi Hadi Awang bertindak seperti 'pemimpin tertinggiAhli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor Nurul Islam Yusoff nafi Hadi Awang bertindak seperti 'pemimpin tertinggi

Ketua pembangkang dipilih Ahli Parlimen, bukan PN

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Hamzah Zainudin Dewan rakyatSemalam, Presiden PAS Hadi Awang mengumumkan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin terus kekal sebagai ketua pembangkang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jawatan ketua pembangkang perlu ditentukan majoriti Ahli Parlimen dalam blok itu, bukannya Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN), kata seorang Ahli Parlimen dan pemimpin PAS Selangor.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor, Nurul Islam Yusoff, menafikan Presiden PAS, Hadi Awang bertindak seperti “pemimpin tertinggi” PN ketika mengumumkan Hamzah Zainudin terus kekal sebagai ketua pembangkang, semalam.

Saifuddin berkata, PAS hanya menyatakan pendiriannya sejajar kehendak majoriti Ahli Parlimen pembangkang yang masih menyokong Hamzah terus memegang jawatan itu.

Ketika ini, beliau berkata, 43 Ahli Parlimen PAS dan 19 Ahli Parlimen lain mahu Hamzah terus kekal sebagai ketua pembangkang, mewakili kira-kira 80% daripada 69 Ahli Parlimen dalam blok pembangkang.

“Jika sesuatu keputusan hendak dibuat secara demokratik dalam blok pembangkang, suara majoriti mestilah dihormati.

“Dalam keadaan majoriti besar Ahli Parlimen pembangkang masih menyokong Hamzah, adalah logik dan munasabah untuk beliau terus kekal sebagai ketua pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, bekas pembantu Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad mendakwa Hadi bertindak seperti “pemimpin tertinggi” PN dengan mengumumkan Hamzah kekal sebagai ketua pembangkang kerana perkara itu tidak dibincangkan MT gabungan itu.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz pula mendakwa Hadi ‘veto’ keputusan MT PN berhubung jawatan itu dan menggunakan sistem “mullah”.

Pada 16 Mei lalu, PN mengumumkan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik ketua pembangkang baharu menggantikan Hamzah selepas dipersetujui MT PN.

Saifuddin menepis dakwaan Hadi mengamalkan “kuasa mullah” yang disifatkannya mengulangi naratif politik pernah dimainkan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan rakyat.

Jelasnya, PAS yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai dalam blok pembangkang berhak menyuarakan pendirian rasmi berhubung kepimpinan blok itu.

“Isu sebenar bukanlah sama ada Hadi membelakangkan PN atau tidak. Isu sebenar ialah sama ada majoriti Ahli Parlimen pembangkang masih menyokong Hamzah sebagai ketua pembangkang. Berdasarkan angka yang ada, jawapannya jelas: ya.”

Nurul Islam yang senada berkata, pelantikan semula Hamzah sejajar amalan Parlimen, di mana Ahli Parlimen pembangkang memilih ketua mereka di Dewan Rakyat.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Pengerusi PN ketika itu, Muhyiddin Yassin mendapat persetujuan MT gabungan itu ketika melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang pada Disember 2022.

“Pada masa itu, Muhyiddin menyerahkannya kepada kebijaksanaan Hadi kerana PAS mempunyai bilangan Ahli Parlimen paling ramai dalam blok pembangkang,” katanya dalam kenyataan berasingan.

Beliau berkata, soalan sama boleh ditanya berhubung pengumuman Muhyiddin mengenai parti di bawah Ikatan Prihatin Rakyat dibenarkan bertanding menggunakan logo PN pada PRN akan datang.

“Bukankah itu juga keputusan politik yang sepatutnya dibuat Majlis Tertinggi PN?” soalnya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel