Tun Faisal Ismail Aziz kata idea penubuhan PN dicetuskan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selain perlembagaan, logo dan proses pendaftaran gabungan digerakkanTun Faisal Ismail Aziz kata idea penubuhan PN dicetuskan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selain perlembagaan, logo dan proses pendaftaran gabungan digerakkan

PAS wajar guna logo sendiri jika tak sehaluan PN, kata pemimpin Bersatu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Tun Faisal Ismail Aziz kata tindakan bertentangan keputusan boleh cemar jenama PN manakala Iskandar Samad tegaskan PAS ada hak guna logo gabungan itu.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menyifatkan tidak wajar PAS terus menggunakan jenama Perikatan Nasional (PN) termasuk pada PRN Johor dan Negeri Sembilan jika parti itu bertindak bertentangan dengan keputusan serta semangat gabungan berkenaan.

Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz berkata idea penubuhan PN dicetuskan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selain perlembagaan, logo dan proses pendaftaran gabungan itu digerakkan parti terbabit.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihak tidak berintegriti atau bertindak bertentangan perlembagaan dan keputusan rasmi PN boleh dilihat mencemarkan serta merosakkan jenama gabungan berkenaan.

“Jika sesebuah parti telah memutuskan hubungan dengan Bersatu, enggan mematuhi keputusan telah dipersetujui bersama dan tidak lagi komited kepada identiti serta hala tuju PN… wajar rakyat bertanya sama ada ia benar-benar mahu memperkukuhkan PN atau sedang bergerak ke arah berbeza.

“Bukankah lebih jujur dan bertanggungjawab bertanding menggunakan identiti sendiri daripada terus menggunakan jenama PN sambil pada masa sama melemahkan asas membentuk gabungan itu,” katanya kepada FMT.

Krisis dalaman PN menyaksikan kerjasama politik Bersatu dan PAS tamat, disusuli berbalas dakwaan berhubung penguasaan dalam gabungan itu, dengan ada penganalisis turut melihatnya sebagai usaha menggunakan logo PN pada pilihan raya.

Walaupun pemimpin Bersatu menekankan PN diasaskan Muhyiddin, gabungan itu kini dipengerusikan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar, malah Presiden PAS Hadi Awang semalam turut mengumumkan keputusan membabitkan PN.

Beliau mengumumkan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin kembali sebagai ketua pembangkang selain membenarkan calon Parti Wawasan Negara pimpinannya bertanding logo PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Berdasarkan kenyataan Hadi pada Jumaat, hala tuju PN termasuk kedudukan Bersatu dalam gabungan itu akan diputuskan Rabu depan.

Sementara itu Bendahari Agung PAS Iskandar Samad berkata partinya berhak menggunakan logo PN berdasarkan kedudukannya sebagai satu daripada empat parti komponen selain Bersatu, Gerakan dan MIPP.

“Pada pilihan raya parlimen yang lepas di dua negeri, Johor dan Negeri Sembilan, calon PAS menggunakan logo PN.

“Justeru ia merupakan kesinambungan dari pilihan raya yang lepas jika PAS terus menggunakan logo PN,” katanya yang menjelaskan perkara itu belum dibincangkan.

“Tetapi hala tuju PN jelas dan semakin nyata sejak Samsuri mengambil alih pengerusi PN.”

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002711
$0.00002711$0.00002711
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel