Guru di sebuah sekolah komuniti kata anak pelarian Rohingya tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal.Guru di sebuah sekolah komuniti kata anak pelarian Rohingya tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal.

Sekolah komuniti beri pendidikan asas kepada anak pelarian Rohingya, kata guru

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
pelajar rohingyaSeorang guru kata dia dan seorang lagi ajar bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Seni, dan mengaji Al-Quran di sekolah komunuti kepada anak pelarian Rohingya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sekolah komuniti bagi pelarian Rohingya di Kedah bertujuan untuk memastikan anak-anak pelarian mendapat pendidikan asas, memandangkan mereka tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal, menurut seorang guru.

Guru berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, menerangkan sekolah berkenaan, di Tongkang Yard di Alor Setar, Kedah mempunyai kira-kira 40 murid, berusia antara enam hingga 12 tahun, dan hanya dua tenaga pengajar.

Katanya, dia dan seorang lagi guru mengajar bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Seni dan mengaji Al-Quran.

“Sekolah ini bertujuan memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan asas dan tidak menghabiskan masa tanpa aktiviti yang bermanfaat, tidak melepak mana-mana tempat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Yuran antara RM100 hingga RM120 sebulan dikenakan bagi seorang pelajar untuk menampung kos operasi, pendapatan guru, dan sewa premis RM500 sebulan, tambahnya.

Ayu berkata dia mengajar komuniti Rohingya sejak 15 tahun lalu, dan membantu mengendalikan sekolah berkenaan yang mula beroperasi pada 2023.

Komuniti Rohingya di Malaysia baru-baru ini menjadi tumpuan media, dengan laporan-laporan negatif mengenai komuniti tersebut, merangkumi dakwaan mengenai sekolah, petempatan, dan projek perumahan haram, salah guna lesen perniagaan, sehinggalah kepada ucapan kebencian.

Agensi pelarian PBB menyatakan terdapat sekitar 126,000 orang Rohingya dalam daftarnya di Malaysia, daripada keseluruhan 215,600 pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar.

Etnik Rohingya terdiri daripada populasi Muslim yang melarikan diri dari Myanmar bagi mengelakkan penganiayaan agama. Sebagai golongan tanpa negara (stateless), anak-anak mereka tidak dapat menghadiri sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002711
$0.00002711$0.00002711
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel