Perdana menteri berkata projek itu yang rasmi bermula hari ini selepas lama tertangguh wajar dijadikan contoh.Perdana menteri berkata projek itu yang rasmi bermula hari ini selepas lama tertangguh wajar dijadikan contoh.

Pembangunan semula rumah panjang Bukit Kiara ‘sejarah penting’, kata Anwar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
MAJLIS PECAH TANAH PERUMAHAN KEKAL BAGI PENDUDUK RUMAH PANJANG BUKIT KIARAPerdana Menteri Anwar Ibrahim ketika majlis pecah tanah perumahan kekal bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan pembangunan semula rumah panjang Bukit Kiara sebagai satu’sejarah penting’, sambil berkata ia wajar dijadikan contoh bagaimana negara sepatutnya ditadbir.

Penantian selama 44 tahun 98 keluarga untuk mendapatkan rumah gantian yang dijanjikan kini memasuki fasa akhir, apabila pembinaan projek yang lama tertangguh itu secara rasmi bermula hari ini.

Berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan, Anwar turut mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi menampung kos penyelenggaraan kediaman baharu itu untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.

Kata perdana menteri, penduduk tidak seharusnya dibebankan dengan perbelanjaan tambahan selepas berpindah ke rumah baharu mereka.

“Bagi saya, ini adalah contoh positif apa yang Malaysia boleh capai. Apabila dasar jelas, kepimpinan komited, serta wujud kesedaran dan kefahaman, kita boleh membina Malaysia baharu yang lebih adil dan memastikan kesejahteraan untuk semua.

“Sudah tentu, syarikat tidak boleh dipaksa menanggung kerugian. Namun pada masa yang sama, keuntungan tidak boleh menjadi satu-satunya pertimbangan. Negara tidak boleh hanya menumpukan kepada memaksimumkan keuntungan sambil mengabaikan kebajikan rakyat,” katanya.

Dalam sidang media, Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh berkata rumah kekal itu akan disiapkan sebelum rumah panjang sedia ada dirobohkan bagi mengelakkan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Beliau turut mengumumkan bahawa tapak sebuah kuil sedia ada akan dikekalkan dan secara rasmi dizonkan sebagai rumah ibadat bukan Islam, dengan peruntukan RM100,000 diluluskan untuk penyelenggaraannya.

Yeoh berkata perdana menteri juga meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur Fadlun Mak Ujud mempertimbangkan insentif kepada pemaju.

Mahkamah Persekutuan pada April 2023 menolak rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengembalikan projek pembangunan Taman Rimba Kiara selepas memutuskan bahawa penggunaan tanah tersebut diubah secara tidak wajar daripada taman awam kepada pembangunan bercampur.

Projek itu pada asalnya merangkumi lapan blok pangsapuri servis mewah — termasuk satu blok 29 tingkat yang mengandungi 350 unit rumah mampu milik untuk keluarga yang tinggal di penempatan sementara di kawasan tersebut.

Apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang membatalkan kelulusan pembangunan itu, Jemaah Menteri menyatakan bahawa DBKL mesti membina rumah kekal untuk keluarga berkenaan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002759
$0.00002759$0.00002759
-1.46%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel