Perdana menteri berkata langkah proaktif itu penting bagi memastikan negara mempunyai jaminan bekalan tenaga jangka panjang.Perdana menteri berkata langkah proaktif itu penting bagi memastikan negara mempunyai jaminan bekalan tenaga jangka panjang.

Anwar akan bincang bekalan minyak negara bersama Putin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
anwar ibrahim pmx putinPerdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin dalam pertemuan di Moscow pada Mei 2025. (Gambar Bernama)

MUAR: Agenda menjamin bekalan tenaga negara terus menjadi keutamaan kerajaan apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual melakukan lawatan kerja ke Kazan, Rusia esok bagi mengadakan pertemuan penting dengan Presiden Vladimir Putin.

Anwar berkata, lawatan itu yang melibatkan mesyuarat antara pemimpin Asean dengan kepimpinan Rusia, akan dimanfaat bagi memastikan kelangsungan dan jaminan bekalan minyak ke Malaysia.

“Antara yang saya nak tegaskan bila jumpa dengan Putin, nak pastikan minyak itu dia dapat salur juga kepada kita…ini rahsia kita baik dengan orang,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan minum petang bersama komuniti nelayan, peladang dan masyarakat setempat di Medan Selera Pantai Leka, di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah proaktif itu penting bagi memastikan negara mempunyai jaminan bekalan tenaga jangka panjang selain mengelakkan krisis bekalan yang kini mula melanda beberapa negara jiran di rantau Asean sehingga ada yang terpaksa menutup stesen minyak.

Perdana menteri berkata, pengurusan ekonomi yang baik dan hubungan antarabangsa yang kukuh membolehkan Malaysia mengekalkan harga minyak runcit domestik khususnya RON95 pada paras RM1.99 seliter, iaitu antara yang terendah di dunia.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik di Asia Barat susulan konflik melibatkan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran yang menyebabkan penutupan Selat Hormuz.

Anwar berkata, sebarang gangguan di laluan maritim strategik itu akan memberi kesan rantaian secara langsung kepada ekonomi domestik melalui kenaikan harga minyak global.

Perdana menteri berkata, bagaimanapun beliau menerima maklumat terkini daripada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif yang membayangkan konflik bersenjata itu mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Semalam dapat maklumat daripada Perdana Menteri Pakistan, dia kata akan tandatangan mungkin hari Jumaat selesai perang itu.

“Kita doakan kerana kalau tidak, Selat Hormuz ditutup…kesan sehingga ke Malaysia, (harga) minyak naik…hari ini, (harga) minyak dah mula turun sedikit,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel