Dengan pemergian Hussein Idris The Strollers yang ditubuhkan pada 1965 juga sudah tiada.Dengan pemergian Hussein Idris The Strollers yang ditubuhkan pada 1965 juga sudah tiada.

Hussein sudah tiada

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]

Saya terima pesanan WhatsApp pagi semalam yang berbunyi: “Morning bro. Sad day. I lost a brother”. Teks dihantar oleh Nelson Fernandez, pengerusi eksekutif FMT. Mesejnya mengenai pulangnya ke Rahmatullah Hussein Idris, pemain dram kumpulan muzik The Strollers beberapa jam terdahulu.

Memang Fernandez kawan rapat Hussein. Persahabatan terjalin tiga dekad lamanya. Belum sempat saya membalas teks WhatsApp itu Fenandez telefon dan kami berbual mengenai Hussein. Bukan sahaja sebagai pemuzik tetapi ‘as the caring and kind man that he was’. Lama juga perbualan kami. Sesungguhnya Allahyarham Hussein orang baik. ‘Friendly dan cool’.

Saya tidak mengenali Hussein secara rapat. ‘I mean I knew who he was’. Pada kemuncak The Strollers siapa tak tahu Allahyarham pemain dram terkenal. ‘But I never knew him personally’.

Hairan juga mengapa begitu jadinya. Padahal keluarga Hussein dan keluarga saya kenal lama. ‘Family friends’ cukup baik. Hanya beberapa kediaman memisahkan rumah kami di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Hussein tinggal di Jalan Raja Uda saya di Jalan Daud.

Saya kenal rapat dengan abangnya Hassan pemain gitar utama The Strollers. Abang mereka Salleh juga baik dengan saya. Kelakar orangnya. Abang sulung mereka Ismail seorang pegawai tinggi polis. Apabila ditukar ke Johor Bahru dan dinaikkan pangkat saya bertugas sebagai wartawan di ibu negeri Johor itu. Sering berjumpa kerana saya selalu buat liputan kes jenayah.

Semasa Hussein bermain untuk The Grim Preachers saya tak juga kenal walaupun band itu saya ‘follow’ kerana minat muzik rock yang mereka main. Itu sebab saya ulangi – macam mana saya boleh tak kenal Hussein secara dekat. Malah, saya tidak tahu Allahyarham drummer kumpulan itu.

Pun begitu saya mengikuti perkembangan karier muzik Hussein apabila Allahyarham jadi anggota The Strollers. Hussein bukan pemain dram asal The Strollers. Drummer asal ialah Ramil Yaakob, juga anak Kampung Baru yang tinggal di Jalan Perkins (sekarang Jalan Raja Alang).

Ramli seperti anggota lain dalam band itu bermain muzik secara ‘part time’ kerana ada kerja tetap. Ramli bertugas di sebuah agensi kerajaan. Apabila The Strollers mengambil keputusan ‘to go professional’, Ramli tidak ikut serta. Lalu Hussein dibawa masuk sebagai pengganti.

Menurut buku The Strollers: Malaysian Pop Legends tulisan Omar Ariff, pada mulanya Hussein agak keberatan untuk menyertai The Strollers. Atas dua sebab. Pertama Allahyarham suka muzik heavy rock yang dimain The Grim Preachers berbanding ‘commercial pop’ mainan The Strollers. ‘So he was reluctant to leave his Grim Preachers’.

Kedua, Hussein tidak begitu yakin dapat ‘meet the high standards of The Strollers’. Dan juga Hussein gementar bermain dalam satu band dengan Hassan kerana abangnya itu sudah dikenali ‘as an established musician’.

Tetapi, Hussein ketepikan keraguan dan kebimbangan. The rest kata orang is history . Allahyarham menjadi antara pemain dram paling hebat di Malaysia.

Bagaimanapun, Hussein tidak bernyanyi waktu itu walaupun boleh. ‘Somehow he was happy just to play the drums and watched Hassan, Michael Magness and Nand Kumar do the singing and play their respective instruments’. Sama ada semasa persembahan di pentas dan kelab malam, juga waktu The Strollers buat rakaman album.

Hussein hanya menunjukkan bakat menyanyi apabila The Strollers ‘berpisah’. Namun, bagi Omar si penulis buku “they didn’t officially broke up. Just slowly drifted away. I put it as in 1975.”

Maka muncullah The Strollers ‘baharu’ yang menampilkan Hussein dan pemain bass asal Billy Chang bermain dengan beberapa pemuzik lain. Ertinya yang bukan anggota asal The Strollers.

Ketika itu Hussein menyanyi sambil main dram. Lagu yang disampaikan lazimnya yang pernah dibawa oleh Magness selaku lead vocalist and pemain organ The Strollers. Hussein tampil sebagai penyanyi apabila Magness berhijrah ke Australia.

Antara lagu yang dibawa atas permintaan ramai tentulah ‘Do What You Gotta Do’ yang asalnya dinyanyikan oleh Magness yang merupakan ‘one of the Strollers biggest hit’.

Cerita menarik bagi saya membabitkan satu rangkai lirik lagu itu. Magness menyanyikannya begini: “I’d love you better than your own kin did”. Hussein nyanyikannya: “I’d love you better than your own can did”.

Apa pun dua-dua sedap dan ada ‘feel’. Sebenarnya ‘Do What You Gotta Do’ ialah ciptaan singer songwriter barat Jimmy Webb. Ia mula dinyanyikan oleh Al Wilson.

Lagu itu juga pernah dirakam oleh Tom Jones, Sammy Davies Jr, Bobby Vee, BJ Thomas, Johnny Rivers, The Four Tops, Nina Simone, Roberta Flack, Linda Ronstadt dan Glen Campbell.

Bagi saya, The Strollers version is the best. Bukan saya seorang yang kata begitu.

Tempoh hari Hussein mengalami serangan jantung dan strok. Awal pagi semalam Hussein pergi buat selamanya.

Dengan pemergiannya The Strollers yang ditubuhkan pada 1965 juga sudah tiada. Chang sudah bersara, Magness menetap di Australia manakala Hassan dan Kumar sudah meninggal dunia.

Walaupun saya tidak mengenalinya secara dekat, saya tetap merasakan Allahyarham seorang sahabat. Didoakan Allahyarham Hussein dicucuri rahmat Yang Maha Esa dan ditempatkan dalam kalangan solihin. Al Fatihah.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel