Rafael Daerr berkata Kesatuan Eropah mahu mengukuhkan hubungan dan rakan sekerja yang boleh dipercayai dalam menghadapi ketegangan perdagangan dunia.Rafael Daerr berkata Kesatuan Eropah mahu mengukuhkan hubungan dan rakan sekerja yang boleh dipercayai dalam menghadapi ketegangan perdagangan dunia.

Perdagangan pacu hubungan lebih erat dengan Malaysia, kata duta EU

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
EU Ambassador to Malaysia Rafael DaerrDuta Kesatuan Eropah ke Malaysia, Rafael Daerr berkata blok itu mahu mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi dan Malaysia kunci dalam hal itu.

PETALING JAYA: Krisis global kebelakangan ini tidak melemahkan komitmen Kesatuan Eropah (EU) terhadap Malaysia dan rakan lain dalam perdagangan, pelaburan serta kerjasama strategik, kata dutanya ke Malaysia.

Rafael Daerr berkata ketegangan perdagangan di peringkat global dan sikap menggunakan kebergantungan terhadap ekonomi atau rantaian bekalan sebagai ‘senjata’ sebaliknya mengukuhkan azam blok itu untuk mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi yang boleh dipercayai.

Katanya, EU sengaja memilih haluan berbeza dengan memberi tumpuan terhadap kepelbagaian rantaian bekalan dan mengukuhkan kerjasama dengan negara yang menyokong penglibatan adil serta berlandaskan peraturan.

“Cara EU bertindak balas adalah jelas: Kami mengukuhkan perkongsian, dan Malaysia kunci dalam hal itu. Kami mendekati keterlibatan menerusi rundingan, dengan kerjasama berteraskan undang-undang antarabangsa, kepercayaan dan ketelusan,” katanya kepada FMT.

Daerr berkata pendekatan EU itu mengutamakan kepentingan serta keuntungan bersama, sambil mengekalkan hubungan stabil bersama rakan sekerja.

“Anda boleh menjangkakan lebih banyak keterlibaan EU dalam tahun mendatang,” katanya, khususnya melihat kepada rundingan yang berterusan berkait perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia.

Menurutnya, Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama Malaysia-EU yang diratifikasi baru-baru ini akan menyediakan rangka kerja komprehensif untuk ke arah mengukuhkan kerjasama.

EU kekal satu daripada rakan kongsi utama Malaysia, dengan keseluruhan perdagangan antara Malaysia dan blok itu meningkat 4.2% kepada RM228.04 bilion pada 2025 berbanding RM218.91 bilion pada 2024.

Peluang kerjasama penting

Daerr berkata EU menawarkan Malaysia dua peluang utama untuk kerjasama dalam pemindahan teknologi nadir bumi dan perjanjian ‘offtake’.

“Syarikat EU mempunyai kepakaran terkini dalam pengasingan elemen penting bahan mentah serta nadir bumi – malah merekalah yang menciptanya. Dan EU juga menerajui teknologi pengekstrakan dan kitar semula mampan. Ini seiring dengan apa diutamakan Malaysia terutama melihat kepada kebimbangannya dengan kesan melombong terhadap alam sekitar,” katanya.

Mengenai perjanjian ‘offtake’ beliau berkata EU merupakan pasaran kedua terbesar bagi magnet kekal yang dapat memberikan pasaran stabil buat Malaysia.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002828
$0.00002828$0.00002828
+1.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel