Siasatan dalaman pada akhir 2024 dapati 59 dakwaan salah laku libat kakitangan serta kontraktor luar.Siasatan dalaman pada akhir 2024 dapati 59 dakwaan salah laku libat kakitangan serta kontraktor luar.

MSF pecat 18 kakitangan atas dakwaan ekploitasi seksual pelarian Sudan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
MSF berkata, pihaknya sedang usaha tambah baik aspek pencegahan, pengesanan serta tindak balas terhadap kes-kes gangguan terhadap pelarian.

PARIS: Organisasi kemanusiaan Doctors Without Borders (MSF) memecat 18 kakitangannya berikutan dakwaan penderaan dan eksploitasi seksual terhadap pelarian Sudan, kata jurucakap kumpulan berpangkalan di Paris itu kepada Agensi Berita Jerman (dpa) pada Selasa.

MSF memaklumkan, beberapa pelarian wanita dan kanak-kanak telah mengemukakan dakwaan terhadap kakitangan organisasi bantuan berkenaan, dan insiden dilaporkan berlaku di wilayah timur Chad.

Siasatan dalaman yang dijalankan pada akhir 2024 mendapati terdapat 59 dakwaan salah laku, termasuk gangguan seksual, eksploitasi dan penderaan yang melibatkan kakitangan, pekerja harian serta penyedia perkhidmatan luar, kata MSF.

Agensi bantuan itu menyatakan, tidak semua dakwaan dapat dibuktikan berikutan terdapat kes yang menyaksikan mangsa mahupun suspek yang didakwa tidak dapat dikenal pasti. Bagaimanapun, tindakan tatatertib telah diambil bagi kes-kes yang melibatkan salah laku serius.

“Tingkah laku ini merupakan pelanggaran serius terhadap nilai serta tanggungjawab MSF dan kami amat kesal atas kemudaratan serius yang telah berlaku,” kata MSF dalam kenyataan.

Tambahnya, pihaknya kini sedang berusaha menambah baik aspek pencegahan, pengesanan serta tindak balas terhadap kes-kes gangguan sedemikian.

Organisasi itu turut mengakui, terdapat kelemahan dalam proses pengambilan kakitangannya, dengan menyatakan bahawa proses saringan yang mencukupi tidak dilakukan sebelum seseorang itu diberikan pekerjaan.

Pada masa yang sama, MSF berkata, persekitaran kerja kecemasan yang melibatkan golongan pelarian turut meningkatkan risiko eksploitasi berikutan faktor sumber yang terhad, populasi yang terdedah serta ketidakseimbangan kuasa yang ketara.

Perang saudara yang mengorbankan banyak nyawa telah berlarutan di Sudan selama lebih tiga tahun, menyebabkan lebih 11 juta rakyatnya terpaksa melarikan diri ke kawasan lain di dalam negara serta ke negara-negara jiran termasuk Chad.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel