Ahli Parlimennya Armizan Mohd Ali berkata Projek Naik Taraf Muka Sauk Kampung Kabang dijangka siap 31 Julai dan manakala komponen LRA Kogopon 2 pula pada Ogos hinggaAhli Parlimennya Armizan Mohd Ali berkata Projek Naik Taraf Muka Sauk Kampung Kabang dijangka siap 31 Julai dan manakala komponen LRA Kogopon 2 pula pada Ogos hingga

2 projek infrastruktur air Papar dijangka beroperasi tahun ini

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Bagi kawasan kawasan perumahan bertingkat, balancing tank tambahan dipasang selain tangki statik tambahan ditempatkan di setiap blok terkesan bagi memudahkan urusan penghantaran air bersih, kata Armizan Mohd Ali. (Gambar Facebook Armizan Mohd Ali)

KOTA KINABALU: Dua projek pembinaan infrastruktur air yang sedang dilaksanakan di Papar dijangka beroperasi tahun ini, sekali gus membolehkan penyelesaian jangka panjang isu gangguan bekalan air bersih di daerah berkenaan dapat direalisasikan.

Ahli Parlimen Papar, Armizan Mohd Ali, berkata komitmen tersebut diberikan pihak kontraktor dalam mesyuarat khas bersama Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan agensi berkaitan yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah Safar Untong, baru-baru ini.

Beliau yang juga menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata Projek Naik Taraf Muka Sauk Kampung Kabang dijangka siap pada 31 Julai ini, manakala komponen Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon 2 disasarkan beroperasi secara berperingkat pada Ogos hingga September ini.

“Langkah ini penting bagi membolehkan tambahan bekalan air bersih dalam lima hingga 10 juta liter sehari (JLH) disalurkan segera kepada penduduk sebelum operasi penuh merawat tambahan keseluruhan 80 JLH bagi Projek Naik Taraf LRA Kogopon selesai,” katanya dalam perkongsian dalam laman Facebook beliau hari ini.

Sebagai langkah interim segera menangani gangguan kritikal di kawasan perumahan bertingkat seperti di Puncak Gloxinia Kondominium di Kinarut, Armizan berkata JANS akan memasang balancing tank tambahan, selain tindakan Pejabat Ahli Parlimen Papar menempatkan tangki statik tambahan di setiap blok terkesan bagi memudahkan urusan penghantaran air bersih.

Mengulas lanjut mengenai punca krisis berkenaan, Armizan berkata bahawa masalah utama di Papar dan sebahagian besar tempat di Sabah berpunca daripada kebergantungan tinggi terhadap sumber air sungai yang sangat terdedah kepada faktor perubahan cuaca ekstrem.

Katanya, fenomena kemarau panjang berterusan pada April hingga Mei lepas menyebabkan kemasukan air masin ke muka sauk dengan kadar klorida tinggi, manakala fasa hujan lebat dan banjir pula membawa kepada masalah kekeruhan air tinggi (NTU) serta peningkatan kadar ammonia, yang menyebabkan operasi loji terpaksa dihentikan sementara.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan iltizam politik dalam melaksanakan projek besar seperti takungan atau empangan air yang dirancang sejak 20 tahun lepas di Papar, meskipun adakalanya keputusan tersebut tidak popular dalam jangka pendek bagi sesetengah pihak.

“Kesannya semakin dirasai dari masa ke masa disebabkan kebergantungan dengan air sungai bukanlah sesuatu yang mampan untuk bekalan air terawat. Jangan ulangi kesilapan lalu kerana akhirnya implikasi akan menjadi semakin besar kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Hajiji Noor yang meluluskan peruntukan kecemasan dengan kadar segera bagi intervensi itu, dibantu oleh ruang fiskal dan hasil kewangan negeri yang kini semakin kukuh untuk dikembalikan manfaatnya kepada masyarakat.

Market Opportunity
ALI Logo
ALI Price(ALI)
$0.001336
$0.001336$0.001336
-0.66%
USD
ALI (ALI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel