Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian awal pagi tadi.Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian awal pagi tadi.

2 pekerja maut dirempuh ketika selenggara jalan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
2 pekerja maut dirempuh ketika selenggara jalan Gambar IPD Kulai 17626Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi kemalangan tiga lori hingga menyebabkan dua pekerja maut ketika melakukan kerja penyelenggaraan di KM 49.3 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Selatan, Kulai. (Gambar IPD Kulai)

PETALING JAYA: Dua pekerja maut dirempuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan jalan dalam kemalangan tiga lori di KM 49.3 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Selatan, Kulai, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kulai, Tan Seng Lee, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 2 pagi membabitkan mangsa yang juga pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel).

“Kemalangan itu melibatkan lori muatan ayam dipandu seorang lelaki warga tempatan bersama kelindan, manakala lori syarikat Propel dipandu seorang lelaki tempatan dan kelindan seorang lelaki warga Bangladesh.

“Sebuah lagi lori tangki dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun.

“Kejadian berlaku apabila pekerja berkenaan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kiri jalan sebelum lori muatan ayam merempuh lori Propel,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kedua-dua pekerja terbabit cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Pemandu dan kelindan lori muatan awam pula mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim,

“Pemandu lori tangki tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ahmad Aafuan Abnu Naim 017-7573507.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel