Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah juga sifatkan Muhyiddin Yassin 'gopoh' apabila berkata Bersatu akan guna logo PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah juga sifatkan Muhyiddin Yassin 'gopoh' apabila berkata Bersatu akan guna logo PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

‘Keluar PN dulu jika mahu lawan kami’, PAS beritahu Bersatu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata Muhyiddin Yassin ‘silap’ berkaitan penggunaan logo PN.

PETALING JAYA: Bersatu perlu keluar daripada Perikatan Nasional terlebih dahulu jika mahu ‘lawan’ PAS, kata Naib Presiden Mohd Amar Abdullah.

Respons itu menyusul kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, partinya sedia berdepan habis-habisan PAS yang baru-baru ini memutuskan hubungan dengan mereka, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), malam tadi.

Muhyiddin turut berkata, Bersatu akan bertanding bawah logo Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

“Mahu lawan PAS itu pelik. Kalau betul dia nak lawan dia tidak boleh duduk dalam PN, Bersatu kena keluar la,” kata Amar yang juga speaker DUN Kelantan, lapor Berita Harian.

Beliau ditemui selepas perasmian mesyuarat agung tahunan PAS Pengkalan Chepa dirasmikan Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud, hari ini.

Amar juga menyifatkan Muhyiddin ‘gopoh’ apabila berkata Bersatu akan menggunakan logo PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, kuasa atau watikah berhubung penggunaan logo PRN perlu ditandatangani Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar, bukannya presiden parti.

“Nak guna logo PN, saya rasa ada kesilapan dari segi kenyataan. Dia ingat boleh guna dengan mudah, sebaliknya ada peraturannya.

“Kuasa atau watikah perlu ditandatangani oleh pengerusi PN, bukannya presiden parti,” katanya.

Menurutnya, perkara itu perlu dibincang serta diperhalusi dalam PN dan tidak sepatutnya diumumkan.

“Sebab itu saya merasakan kenyataan Muhyiddin ‘lorat’ (gopoh) kerana ia bersifat teknikal dan perlu dibincang,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel