Yusri Ibrahim dari Ilham Centre berkata Bersatu mungkin guna saluran JPPM jika proses penyingkirannya dianggap langgar perlembagaan PN.Yusri Ibrahim dari Ilham Centre berkata Bersatu mungkin guna saluran JPPM jika proses penyingkirannya dianggap langgar perlembagaan PN.

PN boleh terbubar jika PAS-Bersatu terus bertelagah, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Perikatan NasionalPenganalisis berkata Bersatu tidak akan membiarkan PN jatuh ke tangan pihak lain jika ia gagal mempertahankan kedudukan dalam gabungan itu.

PETALING JAYA: Jenama Perikatan Nasional (PN) berisiko terbubar jika kemelut antara PAS dan Bersatu gagal diselesaikan secara menang-menang, kata Ketua Penyelidik Ilham Centre Yusri Ibrahim.

Beliau berkata, krisis melanda gabungan pembangkang itu kini memasuki fasa ‘perang gerila’, dengan kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dalam mempertahankan kedudukan masing-masing.

Katanya, PAS mempunyai kelebihan kerana memegang jawatan pengerusi dan setiausaha agung PN, merujuk Ahmad Samsuri Mokhtar serta Takiyuddin Hassan, sekali gus memiliki autoriti menandatangani watikah calon pilihan raya gabungan itu.

Bagaimanapun, katanya Bersatu pula berkelebihan dari sudut memahami kerangka perundangan PN kerana parti itu bertanggungjawab menyediakan draf perlembagaan gabungan dan memahami kuasa majlis tertinggi serta presiden.

“Keputusan menyingkir Bersatu daripada PN, menerima Reset (Parti Wawasan Negara pimpinan Hamzah Zainudin) sebagai anggota dan memuktamadkan senarai calon pilihan raya, semuanya terpandu dalam perlembagaan PN.

“Sebarang proses dan keputusan disifat dan ditafsir sebagai pelanggaran terhadap perlembagaan PN akan dimanfaat sepenuhnya oleh Bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, antara pilihan Bersatu termasuk mengadu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang akan menyiasat termasuk menggantung sementara PN jika aduan berkenaan berasas.

“Jika lebih serius dan tiada jalan penyelesaian, situasi terburuk adalah PN boleh dibubarkan atau dibatalkan oleh JPPM .

“Dalam kes ini ‘nothing to lose’ kepada Bersatu. Jika mereka tidak boleh memiliki PN, mereka tidak akan biarkan PN jatuh ke tangan orang lain,” katanya.

Krisis dalaman PN bermula susulan isu peralihan jawatan menteri besar Perlis menyaksikan penamatan kerjasama dua parti itu dan kini melarat kepada usaha menyingkirkan Bersatu.

Mengesahkan perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat PAS malam ini, Presiden Hadi Awang berkata penyingkiran parti dalam PN bergantung keputusan suara majoriti anggota komponen dalam gabungan itu yang turut terdiri Gerakan serta MIPP.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam berkata parti itu kekal dalam PN dan akan bertanding atas lambang itu pada pada pilihan raya.

Muhyiddin turut mengingatkan hal penyingkiran memerlukan konsensus, bukan hanya sepihak.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00003055
$0.00003055$0.00003055
+4.40%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel