Puad Zarkashi berkata hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden Umno, Zahid Hamidi dan Ketua Umno Johor, Onn Hafiz Ghazi.Puad Zarkashi berkata hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden Umno, Zahid Hamidi dan Ketua Umno Johor, Onn Hafiz Ghazi.

Puad umum tak pertahan DUN Rengit atas faktor usia

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Mohd Puad Zarkashi fmt 17626Puad Zarkashi mahu hanya calon berusia 50 tahun ke bawah sahaja yang wajar bertanding di kerusi DUN pada PRN kali ini.

PETALING JAYA: Adun Rengit, Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sejak 2022 pada PRN Johor, 11 Julai ini atas faktor usia.

Beliau berkata, keputusan itu sudah dibuat sejak setahun lalu dan hasrat berkenaan turut dimaklumkan kepada Presiden Umno, Zahid Hamidi serta Ketua Umno Johor, Onn Hafiz Ghazi dua minggu lalu.

“Saya sudah berusia 69 tahun. Kalau lima tahun lagi saya akan berumur 74 tahun. Pada saya tidak sesuai di usia tersebut mahu bertanding lagi di kerusi DUN.

“Onn Hafiz wajar diberi peluang memimpin barisan muda bertanding dan memimpin kerajaan negeri. Sepatutnya yang berusia 50 tahun ke bawah sahaja yang wajar bertanding di kerusi DUN,” katanya dalam satu kenyataan.

Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata, beliau juga sudah memberikan cadangan mengenai ciri-ciri pelapis yang perlu dipertimbangkan bagi menggantikannya di kerusi berkenaan.

Katanya, calon pengganti itu perlu mempunyai kelulusan, berakhlak, komited kepada perjuangan dan memahami hala tuju bangsa.

Beliau berkata, buat sementara waktu beliau akan menyelesaikan beberapa tugasan sebelum hari penamaan calon.

Puad turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Rengit, penjawat awam, ketua kampung dan masyarakat Cina atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Beliau juga menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikannya sebagai Speaker DUN Johor, selain menghargai nasihat dan bimbingan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memastikan sidang DUN Johor berjalan tertib dan lancar.

Pada PRN Johor yang ke-15 pada 2022, Puad memenangi kerusi DUN Rengit dengan majoriti 1,920.

Beliau yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) mendapat undian sebanyak 7,903 dan menewaskan Mohammad Huzair Lajis daripada Perikatan Nasional (5,983).

Sementara itu, Khairuddin A Rahim daripada PKR mendapat 2,065 undian manakala Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir daripada Pejuang memperolehi 206 undi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel