Keempat-empat suspek ditahan semula selepas dua lagi bekas pembantu rumah mereka buat laporan polis dakwa dipukul.Keempat-empat suspek ditahan semula selepas dua lagi bekas pembantu rumah mereka buat laporan polis dakwa dipukul.

2 pasangan suami isteri ditahan semula kes pukul pembantu rumah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
handcuffMahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan keempat-empat suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

PETALING JAYA: Dua pasangan suami isteri yang sebelum ini direman sehari bagi membantu siasatan kes memukul pembantu rumah di Tampoi, Johor ditahan semula pagi tadi.

Empat suspek berusia antara 30 hingga 34 tahun itu ditahan pada 1.30 pagi, susulan laporan daripada dua lagi wanita warga asing yang dipercayai bekas pembantu rumah mereka, lapor Harian Metro.

Dua wanita itu yang sebelum ini dicari polis bersama pembantu rumah dalam video tular, masing-masing membuat laporan di IPD Johor Bahru Selatan dan IPD Johor Bahru Utara selepas dibawa pihak Kedutaan Indonesia dari Kuala Lumpur.

Peguam Mohd Daud Ismail yang mewakili pihak kedutaan berkata beliau hadir ke Mahkamah Johor Bahru bagi menjadi peguam pemerhati untuk proses permohonan reman terhadap semua suspek.

Katanya, Majistret Chai Ing Hien membenarkan semua suspek direman empat hari berkuat kuasa hari ini.

Kes itu disiasat kerana sengaja menyebabkan kecederaan, ugutan jenayah, menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah terhadap mana-mana individu dengan niat untuk mencabul kehormatan dan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Pada Isnin lalu, Konsulat Jeneral Indonesia di Johor Bahru memaklumkan bahawa pihaknya menyediakan perlindungan sementara kepada dua pembantu rumah warga Indonesia selepas mereka didakwa didera oleh majikan masing-masing.

Jurucakap konsulat berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu pada 13 Jun oleh seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai YY, yang membuat aduan berhubung dakwaan penderaan fizikal terhadap dirinya dan dua lagi individu yang dikenali sebagai YA dan SH.

Penderaan yang didakwa berlaku itu dipercayai berlaku pada penghujung 2025 dan Januari tahun ini.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.01089
$0.01089$0.01089
0.00%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel