Turut kelihatan Ronald Kiandee, Saifuddin Abdullah, Mas Ermieyati Samsudin, dan Rosol Wahid.Turut kelihatan Ronald Kiandee, Saifuddin Abdullah, Mas Ermieyati Samsudin, dan Rosol Wahid.

Hamzah tiba untuk mesyuarat di ibu pejabat PAS

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Pengasas Wawasan, Hamzah Zainudin, menyertai mesyuarat Ahli Parlimen pembangkang di ibu pejabat PAS.

KUALA LUMPUR: Pengasas Parti Wawasan Negara, Hamzah Zainudin, tiba di ibu pejabat PAS malam tadi untuk mesyuarat bersama Ahli Parlimen pembangkang.

Turut kelihatan, naib presiden PAS yang juga pengerusi Perikatan Nasional iaitu Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor.

Terdahulu, FMT melaporkan satu mesyuarat melibatkan Ahli Parlimen pembangkang diadakan di ibu pejabat PAS malam ini, berlatarkan kemelut antara PAS dan Bersatu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin, ketika ditemui memaklumkan mesyuarat ini akan membincangkan ‘semua perkara’, manakala Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari berkata undangan ke mesyuarat dipanjangkan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Selain Hamzah, turut kelihatan Ronald Kiandee (Beluran), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), dan Abdul Khalib Abdullah (Rompin).

Khalib ketika ditemui berkata mesyuarat malam ini mungkin membincangkan kedudukan ketua pembangkang, dan tempat duduknya.

“Ia perlu suara majoriti Ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita.

Pada 13 Jun lalu, PAS mengumumkan ia bersetuju meneruskan Hamzah sebagai ketua pembangkang, pada satu konvensyen yang menyaksikan pelancaran parti baharu beliau.

PN mengumumkan Hamzah bukan lagi ketua pembangkang pada April. Samsuri mengambil alih peranan tersebut pada Mei.

Hamzah melepaskan jawatan di sebalik desakan pemimpin Bersatu, selepas beliau dipecat keahlian susulan krisis kepimpinan dengan Presiden Muhyiddin Yassin.

Hamzah memegang jawatan timbalan presiden Bersatu sebelum dipecat.

Market Opportunity
Massa Logo
Massa Price(MAS)
$0.00332
$0.00332$0.00332
0.00%
USD
Massa (MAS) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order