Perunding Murad Zaidi berkata ramai hanya mula menjaga kesihatan selepas disahkan menghidap penyakit.Perunding Murad Zaidi berkata ramai hanya mula menjaga kesihatan selepas disahkan menghidap penyakit.

NCD serang rakyat lebih muda, perunding saran ubah pendekatan kesihatan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
bersenam exerciseKesedaran untuk aktiviti sihat seperti senaman meningkat namun tidak konsisten, kata perunding kesihatan Murad Zaidi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, kencing manis dan tekanan darah tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia pada usia lebih muda menunjukkan keperluan mendesak untuk mengubah pendekatan negara terhadap penjagaan kesihatan.

Perunding kesihatan dan gaya hidup aktif, Murad Zaidi, berkata trend itu membimbangkan kerana ramai individu hanya mula memberi perhatian kepada kesihatan selepas disahkan menghidap penyakit tertentu.

Murad Zaidi.Murad Zaidi.

Katanya, keadaan itu berlaku ketika semakin ramai rakyat Malaysia menunjukkan tanda awal gangguan metabolik dan penyakit kronik ketika masih berada pada usia produktif.

“Ramai beranggapan masalah kesihatan serius hanya berlaku apabila usia lanjut.

“Hakikatnya, ramai individu seawal lewat 30-an dan awal 40-an sudah mengalami tekanan darah tinggi, keletihan kronik, gangguan tidur serta lebihan lemak badan, yang semuanya menjadi petunjuk kepada risiko penyakit lebih serius,” katanya dalam kenyataan.

Murad, yang juga pengasas Badcave Training Facility mengulas laporan lebih 500,000 individu dewasa di negara ini menghidap sekurang-kurangnya empat penyakit tidak berjangkit secara serentak, mencerminkan beban kesihatan yang semakin membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, pada April lalu berkata Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati NCD seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, obesiti dan penyakit jantung terus menjadi ancaman utama kepada kesihatan rakyat.

Mengulas lanjut, Murad yang mempunyai pengalaman 18 tahun sebagai perunding kecergasan berkata, perkembangan itu menunjukkan penyakit berkaitan gaya hidup tidak lagi tertumpu kepada warga emas, sebaliknya semakin banyak menjejaskan kumpulan usia bekerja.

Menurutnya, gaya hidup tidak seimbang, tekanan kerja, tabiat pemakanan tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kesihatan pada usia lebih awal.

Beliau berkata, walaupun kesedaran mengenai pemakanan sihat dan senaman semakin meningkat, ramai masih gagal mengamalkannya secara konsisten.

“Cabarannya bukan kerana orang ramai tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Cabarannya ialah menjadikan amalan kesihatan sebagai sebahagian daripada rutin harian sebelum masalah kesihatan mula muncul,” katanya.

Sementara itu, Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata Malaysia tidak boleh terus menangani diabetes dan NCD hanya selepas rakyat jatuh sakit, sebaliknya perlu bertindak lebih awal dengan mengurangkan pendedahan harian kepada sumber gula yang murah dan pekat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Mohd Khalib, berkata susu pekat manis dan krimer manis antara sumber gula tambahan paling biasa dalam diet rakyat Malaysia, tetapi sering dianggap perkara biasa dalam makanan dan minuman harian.

“Malaysia sudah melaksanakan cukai minuman bergula, tetapi kita masih mengecualikan salah satu penyumbang terbesar gula harian, iaitu susu pekat manis.

“Ini bukan serangan terhadap budaya makanan sebaliknya mengakui beban gula dalam minuman dan makanan telah mengubah tahap kesihatan masyarakat,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel