Muhyiddin Yassin didapati memfitnah Lim Guan Eng dengan mendakwa arahan membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Al-Bukhary adalah daripada Lim ketika menjadi menteri kewangan.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, telah memfitnah bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng, berhubung status pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Al-Bukhary.
Bagaimanapun, sidang tiga hakim dipengerusikan Azhahari Kamal Ramli membenarkan rayuan bekas perdana menteri itu berhubung kuantum ganti rugi, mengurangkan ganti rugi am yang perlu dibayar kepada RM450,000.
Hakim Azhahari, yang bersidang bersama-sama Ahmad Kamal Shahid dan Latifah Tahar, mengetepikan ganti rugi teruk berjumlah RM150,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM150,000.
Pada 8 Nov 2024, Mahkamah Tinggi memerintahkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Lim.
BERITA LANJUT MENYUSUL


