Yusri Ibrahim PAS dan Bersatu masing-masing boleh mengetuai gabungan baharu mereka.Yusri Ibrahim PAS dan Bersatu masing-masing boleh mengetuai gabungan baharu mereka.

Jenama PN tercalar, penganalisis cadang PAS, Bersatu tubuh gabungan baharu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
bendera perikatan nasionalTiada gunanya PAS dan Bersatu terus berebut jenama PN jika panji itu telah tercalar, kata Yusri Ibrahim.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis mencadangkan PAS dan Bersatu masing-masing mempertimbangkan penubuhan gabungan politik baharu dengan jenama lebih segar sekiranya krisis Perikatan Nasional (PN) gagal diselesaikan.

Ketua Penyelidik Ilham Centre Yusri Ibrahim berkata jenama PN kini sudah tercalar apabila hubungan dua parti terasnya terus menjadi perdebatan, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia masih mampu menjadi wadah politik meyakinkan.

“Tiada gunanya PAS atau Bersatu terus berebut jenama PN jika jenama itu sendiri sudah tercalar.

“PAS boleh ketuai gabungan PAS++ dengan jenama baharu, Bersatu juga boleh tubuhkan gabungan Bersatu++ dengan jenama baru juga,” katanya di Facebook.

Krisis dalaman PN bermula susulan isu peralihan jawatan menteri besar di Perlis yang kini memuncak kepada penamatan kerjasama dua parti itu dan seterusnya melarat kepada usaha menyingkirkan Bersatu.

Semalam, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pelucutan jawatan Radzi Jidin sebagai ketua pengarah pilihan raya PN dan Azmin Ali sebagai timbalan setiausaha agung.

Di sebalik usaha menyingkirkan Bersatu, Muhyiddin menegaskan partinya kekal dalam PN dan akan bertanding di bawah logo itu pada PRN Johor serta Negeri Sembilan.

Yusri berkata pengalaman politik negara menunjukkan tindakan meninggalkan jenama lama tidak semestinya merugikan parti, malah dalam beberapa keadaan membuka peluang lebih besar.

Beliau memberi contoh Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk PKR, PAS dan DAP pada 2008 dan pernah menang undi popular, walaupun Barisan Nasional kekal mentadbir negara.

Katanya, apabila PR berpecah pada 2015, jenama itu ‘dikubur; tanpa mana-mana parti berebut untuk mempertahankannya, meskipun sokongan pengundi terhadap gabungan berkenaan ketika itu masih kuat.

Menurutnya, PKR bersama DAP dan Amanah (parti serpihan PAS) kemudiannya menubuhkan Pakatan Harapan (PH) yang kerjasama dengan Bersatu memenangi PRU14 sebelum kerajaan itu tumbang selepas parti pimpinan Muhyiddin Yassin meninggalkan gabungan berkenaan.

Tambahnya, pada PRU15 PH muncul gabungan dengan kerusi terbanyak dan kemudian memimpin kerajaan perpaduan, manakala PN berada di tempat kedua dengan PAS menjadi parti tunggal mempunyai Ahli Parlimen paling ramai.

Menurut Yusri, perkembangan itu membuktikan keputusan meninggalkan gabungan lama dan membina jenama baharu boleh memberi pulangan politik besar.

“Tindakan PKR dan DAP meninggalkan PR membuka peluang besar kepada mereka dengan jenama PH.

“Tindakan PAS meninggalkan PR juga membuka peluang dan dimensi besar kepada mereka bersama PN dalam PRU15 dan PRN 2023.

“Sama juga Bersatu, keputusan mereka meninggalkan PH memberi keuntungan berganda kepada mereka secara politik,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel