Presiden MMA Dr R Thirunavukarasu berkata hospital awam beroperasi pada kapasiti penuh dengan kekurangan hampir 11,000 pakar dan kekosongan jururawat sekitar 18Presiden MMA Dr R Thirunavukarasu berkata hospital awam beroperasi pada kapasiti penuh dengan kekurangan hampir 11,000 pakar dan kekosongan jururawat sekitar 18

Persatuan dakwa hospital awam tenat akibat kurang pelaburan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Presiden MMA Dr R Thirunavukarasu persoal jika bilangan pesakit warga asing di hospital awam meningkat, mengapa kes bukan kecemasan tidak diarahkan ke fasiliti swasta.

PETALING JAYA: Hospital awam tertekan sehingga ke tahap maksimum berpunca kekurangan pelaburan jangka panjang dalam tenaga kerja, bukannya lambakan pesakit warga asing, dakwa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presiden Dr R Thirunavukarasu berkata, isu lebih mendalam adalah kegagalan sistemik ekoran hospital awam kini beroperasi pada kapasiti penuh dengan kekurangan hampir 11,000 pakar perubatan serta kadar kekosongan jururawat sekitar 18%.

Katanya, doktor kerap membangkitkan isu kelemahan sistem tempat kerja yang berdepan masalah kesesakan, kekurangan tenaga, dan keletihan dalam mengendalikan pesakit.

“Sebarang beban tambahan pasti terasa dalam keadaan yang begitu tertekan. Tetapi puncanya ialah kekurangan pelaburan dalam tenaga kerja sejak bertahun-tahun dan bukan disebabkan mana-mana golongan pesakit.

“Jika bilangan pesakit warga asing di hospital awam semakin meningkat, persoalan yang lebih jujur ialah mengapa kes bukan kecemasan tidak diarahkan ke fasiliti swasta?” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas hantaran di platform media sosial Threads baru-baru ini, yang mendakwa lambakan warga asing di fasiliti kerajaan menjejaskan kualiti perkhidmatan dan kebajikan doktor tempatan.

Dalam hantaran itu, pengguna @Fadli Sabri mendakwa kebanyakan kes diterimanya sepanjang bertugas 24 jam kebanyakannya melibatkan warga asing, dengan hanya seorang atau dua pesakit rakyat Malaysia, manakala selebihnya terdiri ‘warga R’.

Dalam pada itu, Thirunavukarasu menggesa kerajaan mencapai keseimbangan segera berdasarkan tiga prinsip utama iaitu mendahului nyawa dalam sebarang kecemasan, memulihkan kos rawatan dengan betul, serta melindungi hak doktor dan pesakit tempatan.

Beliau berpendapat, Kementerian Kesihatan (KKM) sepatutnya menyalurkan kes bukan kecemasan melibatkan warga asing ke sektor swasta bagi memastikan kapasiti awam yang disubsidi dapat dikhususkan untuk rakyat Malaysia.

Katanya, namun langkah Kementerian Kewangan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas penjagaan swasta untuk bukan warganegara berlawanan matlamat asal.

“Ia mendorong pesakit asing kembali membanjiri sistem hospital awam. Ini satu percanggahan yang wajar diteliti semula,” katanya.

Menurutnya, aspek kemanusiaan untuk pesakit, keadilan bagi pembayar cukai, serta kelegaan untuk golongan doktor tidak seharusnya bercanggah antara satu sama lain.

“Semuanya dapat dicapai serentak dengan membetulkan sistem pembiayaan sedia ada, bukannya dengan menolak mana-mana pihak,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel