Mahkamah Persekutuan batal rayuan pendakwaan terhadap pembebasan tertuduh kelima, arah perbicaraan di Mahkamah Tinggi disambung.Mahkamah Persekutuan batal rayuan pendakwaan terhadap pembebasan tertuduh kelima, arah perbicaraan di Mahkamah Tinggi disambung.

Tertangguh 3 tahun, bicara kes bunuh Nhaveen disambung

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Nhaveen caseJ Ragesuthan, S Gokulan, dan dua lagi pesalah juvana ketika kejadian, kini harus bela diri dalam perbicaraan pembunuhan T Nhaveen.

PUTRAJAYA: Perbicaraan kes bunuh T Nhaveen akan bersambung selepas tergendala sejak 2023 berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan tertuduh kelima.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai memberitahu panel tiga hakim diketuai Nordin Hassan, cubaan berulang kali untuk menyerahkan notis rayuan kepada S Gopinath, 35, gagal walaupun usaha mengesannya di alamat terakhir yang diketahui telah dilakukan.

Memohon arahan mahkamah, Allan memaklumkan panel hakim bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya menjejaki Gopinath.

Nordin yang bersidang bersama Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Azimah Omar kemudiannya membatalkan notis rayuan itu.

Pendakwaan merayu keputusan pembebasan Gopinath selepas Mahkamah Rayuan pada 13 Jan tahun lalu mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan empat lagi tertuduh dalam kes sama, sebaliknya mengarahkan mereka membela diri.

Empat individu terbabit, iaitu J Ragesuthan, S Gokulan, dan dua lagi yang merupakan pesalah juvana ketika kejadian, didapati harus membela diri selepas Mahkamah Rayuan memutuskan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap mereka.

Mereka sebelum ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2023, namun ditahan semula dan direman susulan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Pengurusan kes ditetapkan pada 3 Julai bagi membolehkan Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh perbicaraan.

Nhaveen, 18, meninggal dunia pada 15 Jun 2017 akibat kecederaan parah di kepala selepas diserang dengan kejam, sekali gus mencetuskan kemarahan seluruh negara berhubung isu buli dan keganasan homofobia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh di Jalan Kaki Bukit, Bukit Gelugor, antara 11 malam hingga tengah malam pada 9 Jun 2017.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel