Bekas ketua Pemuda Umno berkata PAS melihat Hamzah Zainudin dan Parti Wawasan Negara wadah meluaskan pengaruhnya melangkaui tapak sokongan tradisional parti ituBekas ketua Pemuda Umno berkata PAS melihat Hamzah Zainudin dan Parti Wawasan Negara wadah meluaskan pengaruhnya melangkaui tapak sokongan tradisional parti itu

Asas penyokong hampir tepu, PAS mahukan sekutu sederhana, kata KJ

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
khairy jamaluddinKhairy Jamaluddin berkata, PAS kini sedang menuju had maksimum asas pengundinya dan gagal meluaskan pengaruh melalui penjenamaan semula berorientasikan teknokrat.

PETALING JAYA: PAS perlu bekerjasama dengan sebuah lagi parti Melayu terutamanya yang sederhana memandangkan ‘pasaran penyokongnya’ sudah sampai ke tahap hampir tepu, kata bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bercakap dalam audio siar Keluar Sekejap, Khairy berkata, parti itu mungkin merupakan parti Melayu terbesar berdasarkan jumlah kerusi di Dewan Rakyat, namun kini ‘berkembang perlahan’.

Beliau berkata, PAS cuba meluaskan pengaruhnya dengan membawa masuk lebih ramai golongan profesional dalam barisannya serta meletakkan naib presiden yang juga seorang teknokrat, Ahmad Samsuri Mokhtar, di barisan hadapan. Namun, beliau berkata perkembangan parti berkenaan tetap terhad.

“Sekarang ini, dia (PAS) lihat Hamzah dan juga parti Hamzah adalah ‘the moderate Malay partner’ yang boleh dijadikan sebagai rakan sekutu memastikan pasaran Melayu yang mungkin PAS dapat selama ini ‘the best’ 50%, dulu 30%…mungkin naik kepada 50% boleh melonjak naik sampai 70% – disebabkan ada rakan kongsi yang mungkin lebih ‘acceptable’ kepada Melayu sederhana ataupun Melayu professional dalam bentuk Hamzah dan juga Parti Wawasan Negara,” katanya.

Khairy berkata, Hamzah juga menawarkan alternatif kepada PAS ketika parti tersebut sedang berdepan kesukaran bekerjasama dengan Umno di bawah pimpinan Zahid Hamidi.

Beliau turut menyifatkan Hamzah sebagai ‘perancang utama’ yang mempunyai keupayaan menyatukan parti yang sebelum ini sukar bekerjasama.

Khairy berkata, PRN Johor yang ditetapkan pada 11 Julai boleh menjadi isyarat pertama sama ada diplomasi saluran belakang sedemikian sudah mula menunjukkan hasil.

“Jangan kita terkejut kalau PAS buat keputusan untuk tidak bertanding di sebahagian besar daripada kerusi di Johor ini untuk bagi laluan yang mudah kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘goodwill’,” katanya sambil menambah Hamzah mungkin sudah menguruskan hal sedemikian.

Khairy berkata, PAS kemudiannya boleh menggunakan tanda setiakawan itu untuk memujuk Umno membalas budi pada PRN Negeri Sembilan atauu membawa kepada PRU16.

“Hamzah saya rasa mainkan peranan penting dalam menghubungkan antara PAS dan Umno… (mewujudkan) koloborasi agung antara parti-parti Melayu utama.”

Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan, yang juga hos bersama audio siar tersebut, berkata Umno bakal mendapat kelebihan daripada kesediaan PAS untuk berdamai, memandangkan parti itu tidak lagi berdepan serangan PAS berhubung pakatannya dengan DAP dalam kerajaan perpaduan.

“Jika matlamat PAS hari ini adalah untuk ‘meminang’ Umno, maka ia tidak akan menyerang Umno,” katanya.

Mengulas mengenai pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN) susulan perpecahan antara PAS dan Bersatu, Khairy berkata penyingkiran Radzi Jidin dan Azmin Ali daripada peranan penting dalam gabungan itu merupakan isyarat jelas mengenai apa yang bakal terjadi.

“Saya yakin dalam masa beberapa hari lagi, Bersatu akan disingkirkan secara rasmi daripada PN,” katanya.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.05872
$0.05872$0.05872
-0.62%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel