Menteri undang-undang berkata calon hanya boleh dipilih daripada nama dikemukakan SPKP tanpa libatkan perdana menteri atau Jemaah Menteri.Menteri undang-undang berkata calon hanya boleh dipilih daripada nama dikemukakan SPKP tanpa libatkan perdana menteri atau Jemaah Menteri.

Parlimen diberi peranan lebih besar dalam pelantikan Pendakwa Raya, kata Azalina

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
AZALINA_OTHMANMenteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said, berkata antara syor utama dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ialah nama calon Pendakwa Raya dimaklumkan kepada Parlimen bagi membolehkan penelitian dan pandangan diberikan.

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengasingkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan memberi Parlimen peranan lebih besar dalam proses pelantikan Pendakwa Raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata antara syor utama yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ialah nama calon Pendakwa Raya dimaklumkan kepada Parlimen bagi membolehkan penelitian dan pandangan diberikan.

Katanya, pelantikan Pendakwa Raya akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) tanpa penglibatan perdana menteri atau Jemaah Menteri.

Azalina berkata pindaan itu turut menggantikan frasa ‘menurut bicaranya atas syor’ kepada ‘atas nasihat’, selain menetapkan calon Pendakwa Raya hanya boleh dipilih daripada nama yang dikemukakan SPKP bagi memastikan proses pelantikan kekal bebas daripada pengaruh eksekutif.

“Nama-nama daripada SPKP ini tidak akan datang daripada perdana menteri atau menteri Kabinet.

“Yang lebih penting dalam pindaan ini ialah peranan Parlimen,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut mencadangkan Pendakwa Raya dilantik bagi tempoh tetap tujuh tahun tanpa pelantikan semula dan diwajibkan mengemukakan laporan tahunan kepada Parlimen serta tertakluk kepada kod etika khusus.

Pelanggaran kod etika itu juga boleh dijadikan alasan untuk penyingkiran daripada jawatan.

Azalina berkata cadangan tersebut adalah hasil tujuh mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang turut mendapatkan pandangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk NGO, ahli akademik, pakar perundangan dan badan profesional.

Beliau berkata kerajaan kini berusaha mendapatkan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen bagi meluluskan pindaan Perlembagaan itu dan berharap semua pihak dapat melihatnya sebagai reformasi penting untuk memperkukuh sistem keadilan negara.

“Kalau kita terlepas pada sesi ini, saya takut apabila kita bercakap tentang reformasi, kita ketinggalan.

“Kita mahu memastikan institusi Pendakwa Raya benar-benar bebas, profesional dan diyakini rakyat,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002967
$0.00002967$0.00002967
+2.09%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order