Nur Atiqah Asyirah Fauzi mengaku salah tebus pin TnG ke dalam akaun sendiri, adik beradik dan rakan-rakan.Nur Atiqah Asyirah Fauzi mengaku salah tebus pin TnG ke dalam akaun sendiri, adik beradik dan rakan-rakan.

Bekas juruwang dijel 2 tahun seleweng terminal TnG RM568,200

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Nur Atiqah Asyirah Fauzi menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah dan ubah wang haram. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas juruwang pasar raya dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyalahgunakan mesin terminal tambah nilai Touch ‘n Go (TnG) milik majikannya.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Atiqah Asyirah Fauzi, 29, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah terhadap 14 pertuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang melibatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM568,200.

Mahkamah memerintahkan Nur Atiqah menjalani hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan, dengan semua hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Pada 18 Sept tahun lalu, Nur Atiqah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut.

Mengikut dua pertuduhan pecah amanah, tertuduh didakwa curang menyalahgunakan mesin terminal pin TnG milik syarikat, dengan mengeluarkan nilai pin bernilai RM98,800.

Pin yang kemudian ditebus nilai ke dalam akaun TnG eWallet miliknya sendiri itu didakwa dilakukan di sebuah pasar raya di Kepong, antara 7 Jan 2023 dan 9 Julai 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dengan sebat dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Dia juga berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan RM469,400 yang dipindahkan kepada akaun bank miliknya dan beberapa akaun TnG eWallet milik ahli keluarganya, di lokasi sama antara 1 Jan 2023 dan 6 Ogos 2024.

Semua 14 pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah hasil atau denda RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Peguam bela, Arik Zakri Abdul Kadir, memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya merupakan pesalah kali pertama yang menjaga ibunya yang menghidap strok serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak penyiasat.

Beliau berkata Nur Atiqah juga merupakan pekerja cemerlang yang pernah menerima anugerah dan berkerja selama lapan tahun, namun dipengaruhi oleh bekas teman lelakinya.

“Saya berharap mahkamah mengambil kira bahawa dia dipengaruhi oleh bekas teman lelakinya dan melakukan kesalahan tersebut untuk menampung gaya hidup lelaki itu, termasuk membeli sebuah kereta.

“Dia menyesal atas perbuatannya dan mengambil penganjaran daripada kejadian ini,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Khusri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh.

Beliau berkata Nur Atiqah merupakan juruwang kanan yang diberi amanah untuk mengendalikan terminal tersebut dan telah menyebabkan kerugian besar melalui perbuatan yang dirancang itu.

Market Opportunity
PinLink Logo
PinLink Price(PIN)
$0.0311
$0.0311$0.0311
+0.12%
USD
PinLink (PIN) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order