Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, perasmian dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Ahad ini.Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, perasmian dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Ahad ini.

LRT3 mula operasi rasmi 29 Jun

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
public transport lrtPembukaan LRT3 menghubungkan Bandar Utama dengan Johan Setia dijangka beri manfaat kepada ratusan ribu penduduk di koridor barat Lembah Klang.

KUALA LUMPUR: Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitar akan bermula secara rasmi pada 29 Jun ini.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, majlis perasmian dijadual disempurnakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Ahad ini.

“Upacara pembukaan LRT3 Shah Alam akan disempurnakan pada Ahad ini oleh perdana menteri. Operasi akan dimulakan esoknya, 29 Jun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli dan Pengerusi Maju TMAS Sdn Bhd Nazri Aziz.

Pembukaan LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama dengan Johan Setia dijangka memberi manfaat kepada ratusan ribu penduduk di koridor barat Lembah Klang selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, pejabat JPJ cawangan BTS akan beroperasi setiap hari sehingga 10 malam.

Katanya, pejabat JPJ baharu itu dibuka sebagai sebahagian usaha kerajaan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, mudah diakses dan berorientasikan pelanggan.

“Pejabat yang terletak di Tingkat 3, TBS itu dibangunkan menerusi model operasi metropolitan pertama diperkenalkan JPJ di Kuala Lumpur.

“Pendekatan ini memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat untuk berurusan mengikut kesesuaian masa mereka,” katanya.

Loke berkata, pejabat baharu berkeluasan lebih 14,000 kaki persegi itu menggantikan pejabat JPJ Bandar Sri Permaisuri yang beroperasi sejak 2006.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order