Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin berkata parti itu menyerahkan kepada pengundi untuk menilai calon yang bertanding.Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin berkata parti itu menyerahkan kepada pengundi untuk menilai calon yang bertanding.

DAP sedia lawan PAS di kerusi tradisi, ingat semua parti elak isu 3R

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
bendera dapSetiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin berkata, DAP akan pertahan 11 kerusinya pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos depan. (Gambar fail)

PETALING JAYA: DAP Negeri Sembilan bersedia berdepan mana-mana parti termasuk PAS sekiranya parti itu meletakkan calon di kerusi tradisi DAP pada PRN.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin berkata, partinya menghormati prinsip demokrasi dan tidak mempunyai masalah untuk bersaing dengan mana-mana parti di kerusi ditandinginya.

“Jika ada mana-mana parti mahu bertanding di kerusi DAP, tiada masalah. Kami serahkan kepada pengundi untuk membuat keputusan.

“Namun, DAP berharap semua parti dan calon bertanding secara sihat serta tidak menggunakan isu 3R (kaum, agama, raja) dalam kempen PRN kali ini,” katanya kepada FMT.

Cha berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan PAS meletakkan calon di beberapa kerusi tradisi DAP di Negeri Sembilan pada PRN 1 Ogos depan.

Mengulas sama ada kehadiran calon PAS boleh menjejaskan usaha DAP menarik sokongan pengundi Melayu, Ahli Parlimen Rasah itu berkata perkara berkenaan akhirnya terpulang kepada penilaian rakyat.

Katanya, DAP akan mempertahankan semua 11 kerusi DUN yang dimenangi parti itu pada PRN lalu, selain membantu calon parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Kami mahu kemenangan bersama dalam kerangka PH dan seterusnya membentuk kerajaan negeri PH selepas PRN di Negeri Sembilan,” katanya.

Sinar Harian hari ini melaporkan Ketua PAS Negeri Sembilan Mohd Fairuz Mohd Isa tidak menolak kemungkinan parti itu meletakkan calon di beberapa kerusi tradisi DAP.

Beliau berkata, PAS menyasarkan bertanding di lebih 10 kerusi DUN, termasuk mempertahankan tiga kerusi dimenanginya sebelum ini.

Pada PRN 2023, Perikatan Nasional memenangi lima daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan.

PAS menang di Paroi, Serting dan Bagan Pinang, manakala Bersatu menang di Labu dan Gemencheh.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0,05488
$0,05488$0,05488
-2,60%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order