Namun ketua pengarah Pilihan Raya PN itu enggan ulas lanjut bantahan Bersatu terhadap kemasukan Parti Wawasan Negara (Wawasan).Namun ketua pengarah Pilihan Raya PN itu enggan ulas lanjut bantahan Bersatu terhadap kemasukan Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Keputusan terima Wawasan sertai PN dibuat secara undian, dedah Sanusi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
WawasanParti Cinta Malaysia (PCM) yang kini dikenali sebagai Parti Wawasan Negara (Wawasan) diterima masuk bersama Pejuang ke dalam PN. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Keputusan menerima kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM), yang kini dikenali sebagai Parti Wawasan Negara (Wawasan), ke dalam Perikatan Nasional (PN) dibuat secara undian dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu, semalam.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Sanusi Nor yang bagaimanapun enggan mengulas bantahan Bersatu terhadap kemasukan parti berkenaan kerana perkara itu sudah diputuskan di peringkat tertinggi gabungan.

sanusi md norSanusi Nor.

“Itu saya tak nak ulas. Bukan locus standi saya untuk jawab sebab sudah diputuskan dalam mesyuarat MT PN dengan undian majoriti.

“Saya tak mahu jawab apa-apa. Itu terserah kepada pandangan Bersatu. Saya buat mesyuarat pembahagian kerusi PN sahaja, semua ok,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN bagi menghadapi PRN Johor di Pejabat Agung PAS.

Terdahulu, Bersatu membantah kemasukan Wawasan ke dalam PN dengan mendakwa permohonan parti itu tidak teratur dan boleh menambah masalah dalaman gabungan berkenaan.

Wawasan adalah penjenamaan semula PCM. Menurut presidennya, Hamzah Zainudin, penjenamaan semula itu diluluskan dalam mesyuarat khas perwakilan Sabtu lalu.

Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata bantahan dibuat kerana PN masih berdepan masalah antara parti anggota selepas PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Beliau turut mendakwa permohonan PCM untuk menyertai PN tidak teratur.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.05462
$0.05462$0.05462
-1.08%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order