Tehran berulang kali menyatakan rancangan mengenakan yuran perkhidmatan maritim untuk melintasi selat berkenaan, yang ditentang hebat AS.Tehran berulang kali menyatakan rancangan mengenakan yuran perkhidmatan maritim untuk melintasi selat berkenaan, yang ditentang hebat AS.

Iran, Oman teliti kenakan kos perkhidmatan di Hormuz

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Ketua perunding Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf berkata yuran berkenaan berkuat kuasa selepas 60 hari. (Gambar EPA Images)

MUSCAT: Iran dan Oman akan meneliti cadangan mengenakan kos untuk perkhidmatan berkait pentadbiran Selat Hormuz, menurut dua negara itu pada Selasa, dengan menegaskan mereka mempunyai kedaulatan terhadap perairan berkenaan.

Tehran berulang kali menyatakan merancang mengenakan caj untuk yuran perkhidmatan maritim untuk melintasi selat berkenaan, bukannya tol, dengan perkara itu ditentang hebat oleh AS.

Dalam kenyataan bersama pada Selasa, Iran dan Oman menegaskan “hak kedaulatan terhadap perairan mereka”, tetapi menteri luar Muscat berkata di X bahawa kedua-dua pihak komited terhadap “laluan bebas tol yang selamat”.

Mereka bersetuju meneruskan dialog berhubung isu itu menerusi kumpulan kerjasama antara dua kementerian luar terlibat, menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan susulan mesyuarat di Muscat antara pegawai tertinggi kedua-dua negara. Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dan ketua perunding Mohammad Bagher Ghalibaf menemui pemimpin Oman, Sultan Haitham bin Tariq serta Menteri Luarnya Badr Albusaidi.

Minggu lalu, kementerian luar Iran berkata negara itu akan mengenakan yuran perkhidmatan maritim untuk melintasi selat berkenaan.

Ghalibaf berkata, yuran itu akan berkuat kuasa selepas tempoh 60 hari tanpa caj yang dimaktubkan dalam memorandum persefahaman ditandatangani dengan AS.

Menurut MoU itu, Iran dan Oman yang bersempadan dengan selat berkenaan, akan membincangkan “pentadbiran dan perkhidmatan maritim akan datang” bersama negara Teluk lain.

Selat berkenaan, yang menjadi laluan untuk kira-kira 20% minyak mentah dan gas asli dunia ditutup Iran selepas serangan oleh AS dan Israel.

Bagaimanapun, Iran telah menamatkan sekatan susulan persefahaman ditandatangani bersama AS minggu lalu.

Sebelum memorandum persefahaman itu, Oman diselar AS berhubung laporan negara itu merancang mengenakan bayaran tol bersama Iran.

Presiden AS Donald Trump mengancam “meletupkan” Oman sekiranya negara itu cuba menguasai laluan berkenaan bersama Iran. Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent turut berkata akan mengenakan sekatan terhadap Muscat sekiranya sistem tol dilaksanakan.

Pada Selasa,Albusaidi berkata di X bahawa, susulan pertemuannya dengan Aragchi dan Ghalibaf, “kami mengesahkan komitmen terhadap undang-undang antarabangsa dan laluan selamat bebas tol”.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order