Ia berdasarkan anggaran pengeluaran sebanyak tiga juta keping kad setahun.Ia berdasarkan anggaran pengeluaran sebanyak tiga juta keping kad setahun.

Kos laksana MyKad Generasi Baharu dianggar RM120 juta setahun

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
mykad icKerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan penggantian MyKad secara menyeluruh atau tergesa-gesa.

PETALING JAYA: Kos pelaksanaan MyKad Generasi Baharu dianggarkan sekitar RM120 juta setahun, berdasarkan anggaran pengeluaran sebanyak tiga juta keping kad setahun.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah sebenar perbelanjaan bergantung kepada bilangan kad yang dikeluarkan pada sesuatu tahun.

“Pelaksanaan MyKad Generasi Baharu dilaksanakan melalui kontrak pembekalan secara ‘pay per issue’, iaitu kerajaan hanya membuat bayaran bagi setiap kad yang berjaya dikeluarkan kepada pemohon,” katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu), disiarkan di laman Parlimen.

Dalam huraiannya, Saifuddin menerangkan kerajaan membayar RM40 bagi setiap kad.

“Fi yang dikenakan kepada pemohon kekal pada kadar RM10 bagi tujuan pemprosesan permohonan tanpa sebarang kenaikan berikutan pengenalan MyKad Generasi Baharu,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata pengeluaran MyKad Generasi Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat, melibatkan permohonan kali pertama bagi warganegara yang mencapai umur 12 tahun, dan penggantian bagi pemegang Kad Pengenalan Plastik, Kad Pengenalan Bermutu Tinggi, serta MyKad Versi 1 yang tidak mempunyai ciri keselamatan ‘ghost image’.

“Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan penggantian secara menyeluruh atau tergesa-gesa kerana MyKad yang sedang digunakan rakyat masih sah dan boleh terus digunakan,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order