Maka tidak adalah yang gempar pada mesyuarat tergempar PN malam Isnin lalu.Maka tidak adalah yang gempar pada mesyuarat tergempar PN malam Isnin lalu.

Sekali antiklimaks da…

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]

Malam Isnin lalu, Yusri Ibrahim, ketua penyelidik Ilham Centre muat naik satu hantaran di Facebook bertanya: “Belum habis mesyuarat?” Beliau merujuk mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN).

Yusri mengajukan pertanyaan itu kerana sudah larut malam masih tiada berita mengenai keputusan mesyuarat. Sememangnya ramai yang mahu tahu apa diputuskan MT PN khususnya kedudukan Bersatu dalam gabungan itu.

Membuat ramai tertarik ialah kerana pemimpin PN daripada PAS sendiri yang memberitahu keputusan berhubung Bersatu akan diambil dalam mesyuarat itu yang dipanggil oleh Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar secara tergempar.

‘Tergempar’ maknanya atau pada penghayatan ramai ialah sesuatu yang ‘urgent’. Oleh itu, keputusan mesti dibuat segera tanpa lengah.

Hantaran Yusri mendapat perhatian seorang dikenali sebagai Muhamad Zaid Farhan Abdullah yang memberi komen begini: “Lama mesyuarat ni, kesudahan rasa Bersatu masih dalam PN, cuma agihan kerusi je nanti masalah.”

Memang tepat jangkaan beliau. “Kami tidak membincangkannya,” kata Samsuri pada sidang media selepas mesyuarat apabila ditanya wartawan status Bersatu.

Bab agihan kerusi diperkatakan Zaid ‘time will tell’ tetapi ikut logik jangkaan beliau tepat jika kedudukan Bersatu tidak diselesaikan PN dengan ‘tergempar’.

Oleh itu, ‘at last for now’ Bersatu masih dalam PN. Ini memang contoh klasik bahawa dalam politik semua boleh terjadi. Ini lebih hebat daripada situasi Barisan Nasional (BN) berkawan dengan Pakatan Harapan (PH) di pusat tetapi berlawan di negeri. Bersatu tidak berkawan dengan PAS tetapi duduk dalam gabungan sama.

Jadi, bermesyuarat berjam-jam apa yang dibincang dan diputuskan? Kata Samsuri PN setuju untuk menerima dua parti sebagai komponen. Yakni Parti Cinta Malaysia dan Parti Pejuang Tanah Air.

Pejuang kita tahu ditubuhkan bekas pengasas Bersatu Dr Mahathir Mohamad setelah beliau dan penyokongnya tentulah termasuk anaknya Mukhriz disingirkan daripada Bersatu.

Mukhriz sekarang memimpin Pejuang manakala Mahathir sudah tidak lagi bersama parti itu. Sekarang Pejuang duduk dalam PN dengan Bersatu, parti yang singkir Mukhriz dulu. Oh indahnya politik.

Parti Cinta Malaysia sudah dijenamakan semula sebagai Parti Wawasan Negara dan presidennya ialah Hamzah Zainudin. Penerimaan parti itu ke dalam PN bukanlah memeranjatkan, malah sudah dijangka. Kan Hamzah dah kata nama parti pun dicadang oleh ‘ayah cik’ – Hadi Awang presiden PAS, parti yang menjadi taiko PN. So nak terperanjat apa?

Maka, tidak adalah yang gempar pada mesyuarat tergempar PN malam Isnin lalu.

Saya setuju dengan pendapat P Ramasamy, pengerusi Urimai bahawa kegagalan menangani status Bersatu dalam PN akan memanjangkan krisis gabungan itu.

Pelik dan aneh mengapa PN gemar melengah-lengah buat keputusan apabila berdepan isu besar? Ingat tak apabila Muhyiddin Yassin letak jawatan pengerusi PN? Punyalah susah nak isi kekosongan. Pusing kiri pusing kanan dolak-dalik sebelum Samsuri akhirnya dilantik sebagai pengganti.

Begitu juga jawatan ketua pembangkang. Ke hulu ke hilir ‘last-last’ Samsuri dilantik untuk gantikan Hamzah. Tetapi belum pun sempat Parlimen bersidang ambil balik jawatan daripada Samsuri beri semula kepada Hamzah. Saya tak dapat elak bertanya – ‘all the hoo haa for nothing ke?’

Mengapa ye? Adakah ia strategi? Terlalu teliti dan berhati-hati? Atau tidak ada keyakinan diri? Okeylah saya guna istilah lembut – kurang yakin diri?

Ini tidak mungkin tetapi jika kurang yakinlah penyebabnya saya rasa pelik terutama membabitkan isu status Bersatu kerana beberapa hari sebelum mesyuarat tergempar Isnin lalu Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan menghebahkan sebarang aktiviti yang menggunakan nama PN hanya boleh dilaksanakan dengan izin Samsuri selaku pengerusi.

Ini menurut Takiyuddin susulan maklum balas rasmi diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung urusan pentadbiran dan pengurusan PN.

Maknanya, Samsuri berkuasa penuh manakala mesyuarat yang beliau panggil ada autoriti untuk buat keputusan dan ambil sebarang langkah. ‘So why the dilly-dally?’

Kelembapan PN memberi semangat kepada Muhyididn yang tiga hari lalu berkata dengan lantang “Bersatu kekal dalam PN sampai bila-bila”, walaupun PAS sudah tamatkan kerjasama politik dengannya 8 Jun lalu.

Aktivis media Fathi Aris Omar membayangkan Muhyiddin akan berkata “Najib lagikan aku lawan! Apa sangat Haji Hadi. Nak lawan di mana? Pejabat PAS. Baik, aku masuk.”

Najib yang dimaksudkan ialah Najib Razak yang Muhyiddin tentang semasa berada dalam Umno dulu berkaitan skandal 1MDB, dan Haji Hadi tentulah si presiden PAS.

Mesyuarat tergempar PN pula memang diadakan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur dan Muhyididn hadir dengan selamba (gagah?). Takkan kerana kehadiran beliau isu Bersatu tidak dibincangkan? Lalu tidak ada keputusan dibuat. Segan nak ambil tindakan secara bersemuka? Hormat beliau? Atau maaf, takut? Tak mungkin takut kot?

Adakah Muhyididn punya senjata sulit untuk digunakan kelak? Lazimnya dalam situasi lalu setiap kali pemerhati politik termasuk saya percaya beliau ada ‘secret weapon’ terbukti kami salah. Tidak ada strategi hebat yang didedahkan.

Kali ini bagaimana? Tidak dapat dipastikan. Yang pasti Muhyiddin tersepit – namun dalam kesepitan beliau menyusahkan PN.

Bagaimanpun, untuk berlaku adil perlu dinyatakan juga mesyuarat tergempar Isnin lalu dalam memutuskan menerima Pejuang dan Wawasan mengkukuhkan hasrat menambah bilangan komponen.

Juga untuk menjadi gabungan yang ada parti Melayu dominan tetapi ada parti pelbagai kaum untuk menawarkan imej moderat.

Imej kepelbagaian dan elemen moderat dipertanggungjawabkan kepada Gerakan, MIPP (anggota sedia ada) dan Wawasan yang mendakwa ia parti ‘multiracial’ yang tidak berpegang kepada konsep ketuanan Melayu.

Memang Wawasan telah menamakan beberapa personaliti terdiri komuniti Cina dan India untuk duduk dalam barisan kepimpinannya. Namun, hakikatnya ialah parti majoriti Melayu.

Dan ada pemimpin Melayu yang dinamakan ialah bekas Umno, bekas Bersatu termasuk orang lama. Seperti Rais Yatim, Rahim Thamby Chik dan Ibrahim Abu Shah. Semua terutama Ibrahim terkenal dalam kalangan masyarakat bukan Melayu dengan retorik kemelayuan yang tidak menyenangkan mereka.

Gerakan dan MIPP sudah lelah. Jika tanya saya sama ada Wawasan boleh tarik minat orang bukan Melayu kepada PN jawapan saya itu sesuatu yang sukar.

Apa pun Hamzah pasti senang hati dengan kemasukan partinya ke dalam PN. Ini satu lagi langkah untuk beliau merealisasikan impian untuk jadi perdana menteri setelah baru-baru ini dilantik semula oleh PAS untuk jadi ketua pembangkang di Parlimen.

Jika Wawasan tidak dapat menarik minat ‘non Malays’ Hamzah akan cuba tarik parti Melayu lain menyertai atau bergabung dengan PN. Mungkin jadi jambatan antara PAS dengan Umno?

Ramai orang kata Hamzah seorang ‘political operator’ yang licik. Benar. Tetapi bagi saya kelicikannya kali ini ialah kerana sokongan padu presiden PAS ‘all this while until now’.

Hadi boleh suka, Hadi boleh sokong. Tetapi Hadi juga boleh tidak suka, boleh juga tidak sokong kerana jangan lupa Hadi juga seorang ‘smooth political operator’.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order