Muhammad Izzuddin Mohmad Asari didakwa lakukan perbuatan itu di sebuah bilik hotel di Kuala Terengganu, awal bulan ini.Muhammad Izzuddin Mohmad Asari didakwa lakukan perbuatan itu di sebuah bilik hotel di Kuala Terengganu, awal bulan ini.

Guru didakwa amang seksual fizikal pelajar lelaki

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Muhammad Izzuddin Mohmad Asari didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di sebuah bilik hotel.

PETALING JAYA: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Izzuddin Mohmad Asari, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli, lapor Sinar Harian.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Izzuddin didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 13 tahun itu di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, kira-kira jam 8 pagi pada 4 Jun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aishah Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order