Polis Kuala Lumpur rampas tunai RM45,033 berserta wang pertaruhan RM96,878 selain mata wang Hong Kong HKD32,799.Polis Kuala Lumpur rampas tunai RM45,033 berserta wang pertaruhan RM96,878 selain mata wang Hong Kong HKD32,799.

1,156 ditahan berjudi termasuk bertaruh Piala Dunia

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Fadil MarsusKetua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata pihaknya melaksanakan 868 serbuan termasuk operasi khas sempena Piala Dunia 2026. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 1,156 individu diberkas dalam 868 serbuan susulan disyaki terlibat aktiviti perjudian haram termasuk pertaruhan sempena Piala Dunia 2026 di sekitar Kuala Lumpur, bermula 1 Jan hingga 23 Jun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata daripada jumlah itu, 24 individu ditahan menerusi pelaksanaan 22 serbuan Ops Soga IV Perjudian Bola Sepak Piala Dunia 2026.

Operasi khas sempena kejohanan bola sepak berprestij itu turut merampas pelbagai peranti elektronik dengan siasatan dibuat mengikut Akta Pertaruhan 1953, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Imigresen 1959.

”Selain itu, polis melaksanakan 486 serbuan membabitkan kegiatan judi nombor ekor haram yang membawa kepada 487 tangkapan berserta rampasan wang tunai RM4,886 dan 451 unit telefon bimbit,” katanya menurut Bernama.

Fadil berkata, sejumlah 341 lagi ditahan hasil 322 serbuan ke atas aktiviti perjudian dalam talian dengan rampasan pelbagai peranti termasuk komputer tablet, telefon bimbit dan peranti rangkaian internet.

Selain itu, polis turut menggempur 21 premis dipercayai beroperasi sebagai pusat panggilan bagi kegiatan menyalahi undang-undang yang membawa kepada penahanan 152 individu serta rampasan 58 komputer dan 77 komputer riba.

Beliau berkata, bagi aktiviti perjudian dalam bangunan, polis menahan 146 individu menerusi 16 serbuan dengan rampasan wang tunai RM10,842 serta ribuan cip pelbagai warna dan batu mahjong.

Beliau berkata, baki enam individu ditahan menerusi serbuan berkaitan aktiviti perjudian luar bangunan berserta rampasan wang tunai dan set daun terup.

”Secara keseluruhannya, operasi bersepadu ini mencatatkan jumlah rampasan wang tunai RM45,033 berserta nilai pertaruhan berjumlah RM96,878.58 dan mata wang Hong Kong sebanyak HKD32,799.75,” katanya.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.01086
$0.01086$0.01086
+8.38%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order