Lima Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini mohon mahkamah putus persoalan kesahan perjanjian didakwa ditandatangani tanpa kelulusan sewajarnya daripada ParlimenLima Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini mohon mahkamah putus persoalan kesahan perjanjian didakwa ditandatangani tanpa kelulusan sewajarnya daripada Parlimen

PM, kerajaan fail permohonan batal saman pemula Ahli Parlimen berkait ART

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
kompleks mahkamah kuala lumpurMahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetap 8 Okt ini bagi pendengaran permohonan batal saman pemula ke atas lima Ahli Parlimen dan permohonan merujuk persoalan Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan mengenai ART.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia memfailkan permohonan membatalkan saman pemula lima Ahli Parlimen pembangkang berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS).

Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali, memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pengurusan kes di hadapan Hakim Azizan Md Arshad.

Sementara itu, seorang daripada peguam mewakili plaintif, P Waythamoorty memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya turut memfailkan satu permohonan bagi merujuk persoalan Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan ART.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Okt depan untuk pendengaran kedua-dua permohonan itu, lapor Bernama.

Pada 20 Feb lalu, Mahkamah Agung AS memutuskan penggunaan kuasa darurat oleh Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif timbal balas terhadap hampir semua rakan dagangan AS adalah tidak berpelembagaan.

Selain mengekalkan keputusan mahkamah rendah, mahkamah tertinggi itu memutuskan Trump telah bertindak melampaui kuasa presidennya apabila beliau menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 (IEEPA) untuk mengenakan tarif global secara meluas serta duti berkaitan fentanil yang dikenakan ke atas barangan dari China, Kanada dan Mexico.

Malaysia dan AS telah memeterai ART pada 26 Okt 2025.

Lima Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang memfailkan saman berkenaan ialah Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Fathul Huzir Ayob (Gerik), Awang Solahuddin Hashim (Pendang), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), dan Abdul Khalid Abdullah (Rompin).

Mereka memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan penting mengenai kesahan perjanjian itu, yang didakwa ditandatangani tanpa kelulusan sewajarnya daripada Parlimen.

Market Opportunity
LiveArt Logo
LiveArt Price(ART)
$0.0002997
$0.0002997$0.0002997
+0.06%
USD
LiveArt (ART) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order