BN hari ini mengumumkan calon yang akan mempertahankan dominasinya di Johor.BN hari ini mengumumkan calon yang akan mempertahankan dominasinya di Johor.

BN umum calon, Onn Hafiz pertahan Machap

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
onnPengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi dalam misi mempertahankan dominasi BN di Johor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Barisan Nasional hari ini mengumumkan calon-calon yang akan mempertahankan dominasi gabungan itu pada PRN Johor akan datang.

Pilihan raya pada 11 Julai ini menyaksikan Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, akan mempertahankan DUN Machap.

Pada PRN lalu, Onn Hafiz menang dengan kelebihan 6,543 undi, mendahului dengan 11,029 undi untuk menewaskan Perikatan Nasional (4,486), Muda (3,493) dan Pejuang (465).

Sementara itu, bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba akan bertanding di Pasir Raja. Pada PRN lalu, BN menang dengan kelebihan 4,888 undi.

Alwiyah Talib, yang meninggalkan Bersatu baru-baru ini, kembali mempertahankan Endau sebagai calon BN. Pada PRN lalu, Alwiyah yang bertanding atas tiket PN menang dengan kelebihan 3,041 undi.

BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN di Johor, bertembung Pakatan Harapan dan PN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 27 Jun, manakala hari pengundian pula pada 11 Julai selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan sebelum pembubaran, BN menguasai 40 kerusi diikuti PH 12, Perikatan Nasional tiga, manakala Muda satu.

Berikut senarai calon BN:

  1. N01 Buloh Kasap – Zahari Sarip
  2. N02 Jementah – See Ann Giap
  3. N03 Pemanis – Anuar Abd Manan
  4. N04 Kemelah – K Raven Kumar
  5. N05 Tenang – Mohd Azhar Ibrahim
  6. N06 Bekok – Tan Chong
  7. N07 Bukit Kepong – Ahmad Syarie Yusof
  8. N08 Bukit Pasir – Mohamad Fazli Mohamad Salleh
  9. N09 Gambir – Sahrihan Jani
  10. N10 Tangkak – How Chin Teck
  11. N11 Serom – Nadhirah Afiqah Abdull Rahim
  12. N12 Bentayan – Chua Lee Huat
  13. N13 Simpang Jeram – Azman Ismail
  14. N14 Bukit Naning – Mohd Sabari Ghazali
  15. N15 Maharani – Ashari Md Sarip
  16. N16 Sungai Balang – Selamat Takim
  17. N17 Semerah – Mohd Fared Mohd Khalid
  18. N18 Sri Medan – Zulkurnain Kamisan
  19. N19 Yong Peng – Ling Tian Soon
  20. N20 Semarang – Samsolbari Jamali
  21. N21 Parit Yaani – Mohamad Najib Samuri
  22. N22 Parit Raja – Nor Rashidah Ramli
  23. N23 Penggaram – Boo Chin Leong
  24. N24 Senggarang – Mohd Yusla Ismail
  25. N25 Rengit – Mohd Zaidi Japar
  26. N26 Machap – Onn Hafiz Ghazi
  27. N27 Layang-Layang – Chua Juan Boon
  28. N28 Mengkibol – Yap Zhi Peng
  29. N29 Mahkota – Syed Hussein Syed Abdullah
  30. N30 Paloh – Lee Ting Han
  31. N31 Kahang – V Rugendren
  32. N32 Endau – Alwiyah Talib
  33. N33 Tenggaroh – Mohd Youzaimi Yusof
  34. N34 Panti – Mohd. Taqib Mohd Ghazali
  35. N35 Pasir Raja – Dr Adham Baba
  36. N36 Sedili – Muszaide Makmor
  37. N37 Johor Lama – Norlizah Noh
  38. N38 Penawar – Fauziah Misri
  39. N39 Tanjung Surat – Aznan Tamin
  40. N40 Tiram – Abdul Halim Suleiman
  41. N41 Puteri Wangsa – Teow Chia Ling
  42. N42 Johor Jaya – Chan San San
  43. N43 Permas – Baharudin Mohamed Taib
  44. N44 Larkin – Mohd Hairi Mad Shah
  45. N45 Stulang – Bong Seng Heng
  46. N46 Perling – Pannir Selvam
  47. N47 Kempas – Ramlee Bohani
  48. N48 Skudai – Tan Hiang Kee
  49. N49 Kota Iskandar – Pandak Ahmad
  50. N50 Bukit Permai – Mohd Jafni Md Shukor
  51. N51 Bukit Batu – R Kumaran
  52. N52 Senai – Tai Chee Chee
  53. N53 Benut – Mohd Sumali Reduan
  54. N54 Pulai Sebatang – Hasrunizah Hasan
  55. N55 Pekan Nanas – Tan Eng Meng
  56. N56 Kukup – Mohd Israk Abdullah

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order