Tertuduh, Saifol Nizam Mat Zin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan selama dua jam.Tertuduh, Saifol Nizam Mat Zin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan selama dua jam.

Penolong jurutera didakwa 146 pertuduhan rasuah RM183,500

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
mahkamah tinggi ipohTertuduh, Saifol Nizam Mat Zin, 49, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas 146 pertuduhan rasuah membabitkan nilai keseluruhan RM183,500.

PETALING JAYA: Seorang penolong jurutera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas 146 pertuduhan rasuah membabitkan nilai keseluruhan RM183,500, pada 2022 dan 2023.

Bagaimanapun, tertuduh, Saifol Nizam Mat Zin, 49, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan selama dua jam di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi, menurut Berita Harian.

Mengikut kertas pertuduhan, dia sebagai seorang penjawat awam iaitu penolong jurutera Gred JA36 (TBK 1) yang bertugas di Bahagian Pembangunan Daerah PDT Kerian, mendapatkan untuk diri sendiri suatu barang berharga tanpa balasan membabitkan wang tunai daripada seorang lelaki yang kini berumur 36 tahun.

Wang terbabit kemudian dikeluarkan secara pengeluaran tunai menggunakan kad bank ATM milik tertuduh, dalam pada tertuduh mengetahui lelaki itu mempunyai hubungan dengan kerja rasmi tertuduh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sekitar daerah Kerian, Perak antara 3 Januari 2022 hingga Oktober 2023, yang membabitkan jumlah sama sebagaimana bilangan pertuduhan.

Wang yang diperoleh tertuduh berkenaan membabitkan nilai keseluruhan RM183,500; meliputi RM103,800 yang diterima sepanjang tahun 2022 dan RM79,700 sepanjang 2023 dengan setiap transaksi yang dibuat membabitkan nilai antara RM500 hingga RM2,000.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sharul Azuan Ghazali serta Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor mengendalikan pendakwaan.

Tertuduh diwakili peguam P Ravee.

Terdahulu, Sharul Azuan menawarkan jaminan RM1,000 bagi setiap satu pertuduhan, dengan seorang penjamin selain memohon agar tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Ravee bagaimanapun memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM50,000 dengan mempertimbangkan keadaan tertuduh yang sudah ditukar ke jabatan lain dengan pendapatan sekitar RM6,000 selain menyara tiga anak bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin selain membenarkan syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan, termasuk melapor diri ke Pejabat SPRM Ipoh pada Jumaat pertama setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan 26 Ogos.

Market Opportunity
Matchain Logo
Matchain Price(MAT)
$0.05709
$0.05709$0.05709
-0.40%
USD
Matchain (MAT) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order