Polis temui syabu dan pil kuda dalam kereta, seorang penumpang positif methamphetamine dan seorang lagi dikesan sebagai orang dikehendaki.Polis temui syabu dan pil kuda dalam kereta, seorang penumpang positif methamphetamine dan seorang lagi dikesan sebagai orang dikehendaki.

Suspek maut terjun jejambat selepas dikejar polis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Fadil MarsusKetua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan satu beg mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu dan pil kuda. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas terjun dari jejambat sebaik kenderaan dipandunya terbabit kemalangan ketika dikejar polis di Jalan Pantai Dalam, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata kejadian kira-kira 7.45 malam apabila anggota Unit Rondaan Bermotosikal (MPV) Balai Polis Petaling Jaya mengejar sebuah Proton Wira disyaki terlibat kegiatan jenayah.

Katanya, polis mengejar kenderaan suspek bermula dari Lebuhraya Baru Pantai (NPE) berhampiran Tol Taman Dato Harun, sebelum berakhir di Jalan Pantai Dalam kira-kira 9.50 malam.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, Proton Wira dipandu seorang lelaki tempatan yang masih belum dikenal pasti identiti melanggar Perodua Axia yang sedang bergerak di lorong sama.

“MPV polis kemudian mengambil tindakan menghalang Proton Wira itu sehingga berlaku pelanggaran pada bahagian sisi kenderaan polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, selepas kenderaan itu berhenti pemandu Proton Wira terbabit keluar dan dipercayai terjun dari jejambat. Suspek kemudian ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, pemandu Perodua Axia berusia 30 tahun dan anggota polis berusia 38 tahun yang memandu MPV tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, dua penumpang lelaki yang berada dalam Proton Wira masing-masing berusia 29 dan 31 tahun, dengan seorang daripadanya patah kaki kanan dan menerima rawatan di PPUM. Seorang lagi tidak cedera dan ditahan bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek turut menemukan satu beg mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu dan pil kuda.

“Saringan air kencing ke atas salah seorang suspek yang ditahan didapati positif methamphetamine. Semakan turut mendapati kedua-dua penumpang mempunyai beberapa rekod jenayah dan kesalahan dadah lampau, manakala seorang daripada mereka dikesan sebagai orang dikehendaki,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0,00906
$0,00906$0,00906
+0,11%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order