Bekas MKT Umno itu berkata isu sebenar ialah sistem pemilihan calon yang didakwanya tidak adil dan mengorbankan pemimpin muda.Bekas MKT Umno itu berkata isu sebenar ialah sistem pemilihan calon yang didakwanya tidak adil dan mengorbankan pemimpin muda.

PRN Johor: Tak salah cadang anak jadi calon, kata Puad

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Puad Zarkashi and Asyraf Wajdi Dusuki tile pic 25626Puad Zarkashi nafi dakwaan Asyraf Wajdi Dusuki yang beliau keluar Umno kerana anaknya tidak dicalonkan sebagai calon BN bagi PRN Johor.

PETALING JAYA: Puad Zarkashi menegaskan tindakannya keluar Umno bukan kerana tidak puas hati anaknya tidak dipilih calon, sebaliknya bantahan terhadap sistem pemilihan calon parti itu untuk PRN Johor.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata dakwaan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki bahawa beliau bertindak demikian kerana anaknya tidak menjadi calon adalah tidak tepat.

“Maka sistem pilih calon itu yang saya protes. Apabila tidak dilayan, apa lagi pilihan yang saya ada?

“Parti jadi milik eksklusif. Sebab itu saya melakukan kamikaze untuk sedarkan pemimpin,” katanya di Facebook.

Beliau juga menegaskan isu beliau mencadangkan nama anaknya untuk bertanding di DUN Rengit yang diwakilinya sebelum ini tidak sepatutnya dijadikan pertikaian.

“Mengenai anak saya, salahkah kalau saya mencadangkannya? Kenapa itu jadi isu?

“Kalau tidak boleh, kenapa anak perempuan ketua bahagian Ledang (Abdul Rahim Talib) boleh bertanding di Serom,” katanya merujuk kepada pencalonan Nadirah Afiqah Abdull Rahim.

Nadirah Afiqah menggantikan bekas exco pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On.

Puad berkata mencadangkan anak sendiri sebagai calon bukan satu kesalahan jika individu itu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Tidak salah mencadangkan anak yang terlatih sebagai calon. Ali (merujuk peninju legenda Muhammad Ali) melatih anak perempuannya menjadi peninju.

“Sudah tentu anak itu dibawa masuk gelanggang setelah dia cukup bersedia untuk bertempur,” katanya yang turut mempersoalkan pemilihan bekas Adun Endau daripada Bersatu, Alwiyah Talib, sebagai calon BN di DUN Endau.

Awal hari ini, Asyraf mendakwa Puad keluar Umno kerana anakya tidak dicalonkan di DUN Rengit pada PRN Johor 11 Julai ini.

Beliau turut kesal kenyataan berbaur fitnah Puad yang memberikan alasan utama keluar parti dengan mengaitkan konon kerana istana mengawal Umno Johor sehingga menitahkan pembubaran DUN pada 1 Jun lalu.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002634
$0.00002634$0.00002634
+2.09%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order