Lee Reo Jin selaku Orang Kena Saman mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan.Lee Reo Jin selaku Orang Kena Saman mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan.

Wanita didakwa sebabkan kematian 41 ekor kucing

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
lee reo jinLee Reo Jin, 49, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan meninggalkan 36 ekor kucing hingga mengalami kebuluran dan menyebabkan kematian 41 ekor kucing. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Seorang juruukur sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meninggalkan 36 ekor kucing hingga mengalami kebuluran dan menyebabkan kematian 41 ekor kucing pada Mac lepas.

Lee Reo Jin, 49, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Wanita itu didakwa meninggalkan 36 ekor kucing hidup dalam keadaan yang boleh menyebabkan haiwan itu mengalami kesakitan atas sebab kebuluran di sebuah unit pangsapuri di Subang Jaya di sini, Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Subseksyen 29(1)(p) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] dan boleh dihukum di bawah subseksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Lee didakwa sebagai pemilik kucing yang menyebabkan kematian 41 ekor haiwan itu pada tempat dan tarikh sama serta dituduh mengikut Subseksyen 29(1)(r) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] dan boleh dihukum di bawah subseksyen 29(1) yang membawa hukuman serupa.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Mohd Sharif Sabran menawarkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport OKS perlu diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Lee yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan dikurangkan dengan alasan dia tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah membenarkan OKS diikat jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Noor Ruzilawati kemudian menetapkan 7 Ogos untuk sebutan kes bagi lantikan peguam.

Sebelum ini, media melaporkan sepasukan pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor menjalankan serbuan ke atas sebuah unit di pangsapuri di ­Subang Jaya pada 13 Mac lepas susulan aduan terdapat bau busuk dari unit berkenaan.

Hasil serbuan mendapati 41 bangkai kucing ditemukan dalam keadaan berbungkus dan disimpan di dalam peti sejuk beku serta terdapat bangkai yang bersepah di ruang tamu dan sangkar.

Selain itu, 36 ekor kucing ditemukan masih hidup di dalam sangkar dalam keadaan kurus dan tidak bermaya.

Market Opportunity
Love Earn Enjoy Logo
Love Earn Enjoy Price(LEE)
$1
$1$1
0.00%
USD
Love Earn Enjoy (LEE) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order