Harris Zainul dari ISIS Malaysia berkata hantaran bermotif emosi pacu penglibatan dan hasil iklan namun Nawab Osman daripada Meta menyangkal kerana pengiklan mengelakHarris Zainul dari ISIS Malaysia berkata hantaran bermotif emosi pacu penglibatan dan hasil iklan namun Nawab Osman daripada Meta menyangkal kerana pengiklan mengelak

Kandungan mudarat ditanam dalam model niaga media sosial, dakwa penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
social mediaPengarah Penyelidikan ISIS Malaysia Harris Zainul, berkata kandungan bermotifkan emosi condong menarik perhatian, sekali gus mengekalkan pengguna lebih lama, lalu membolehkan lebih banyak iklan disiar.

KUALA LUMPUR: Kandungan memudaratkan dan mencetuskan provokasi emosi berkemungkinan besar sudah ditanam dalam model perniagaan platform media sosial kerana memacu penglibatan dan hasil pengiklanan, kata seorang penganalisis.

Harris Zainul.

Pengarah Penyelidikan Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Harris Zainul, berkata syarikat media sosial meraih keuntungan apabila mengekalkan pengguna dalam talian lebih lama, sekali gus menjadikan kandungan mengundang perbalahan lebih menarik dari segi komersial.

“Kita tertarik melihat kandungan mengujakan, yang buat kita marah atau rasa sedih. Kandungan seperti itulah yang mendapat perhatian, membolehkan platform menyiarkan lebih banyak iklan,” katanya.

Harris berkata demikian dalam perbincangan panel bertajuk ‘Media Sosial dan Teknologi: Cabaran Algoritma dan Polarisasi’, di Simposium Harmoni 2026 di Parlimen.

Beliau turut mengkritik syarikat media sosial menghalang penyelidik bebas dengan bertindak menyembunyikan data mengenai cara algoritma mereka berfungsi.

“Apabila kami meminta data lebih terperinci, mereka menyuruh merujuk semula laporan ketelusan yang ditulis sendiri.

“Jika saya menulis soalan peperiksaan saya sendiri, menjawabnya sendiri, dan menanda kertas sendiri, sudah tentu saya akan mendapat keputusan terbaik,” katanya.

Nawab OsmanNawab Osman.

Namun, Ketua Pencegahan Global Meta, Nawab Osman, menyangkal gambaran sedemikian terhadap platform media sosial.

“Penglibatan tinggi membawa keuntungan, tetapi penglibatan negatif yang tinggi tidak semestinya membawa kepada keuntungan,” kata Nawab sambil menyatakan pengiklan memang aktif mengelak platform terkait kebencian dan keganasan bagi perlindungan jenama.

Meskipun mempertahankan protokol sekatan kandungan kecemasan syarikat itu, beliau juga memberi amaran tindakan menjadikan langkah sedemikian sebagai tetapan kekal akan menyekat kesahan berita, suara masyarakat sivil, dan maklumat keselamatan awam.

“Ia juga akan menyekat kebebasan bersuara jutaan rakyat Malaysia,” katanya sambil merujuk Meta sebaliknya melabur secara besar-besaran dalam kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan penyemak manusia untuk mengesan kandungan berbahaya bermula peringkat awal.

Panel tersebut dikendalikan Pengarah Institut Penyelidikan Asia Universiti Nottingham, Tricia Yeoh, selain turut menampilkan Jufitri Joha yang juga senator, serta pensyarah Universiti Monash, Nazirul Hazim A Khalib.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order