Presiden Zahid Hamidi berkata Umno amat menghargai ahli baharu dan lama yang terus menyokong kepimpinan BN Johor.
PETALING JAYA: Umno menghormati keputusan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi, Puad Zarkashi, dan menghargai sumbangannya kepada parti selama ini, kata Presiden Zahid Hamidi.
“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Puad,” katanya, lapor Utusan Malaysia, mengulas perkembangan berlaku menjelang PRN Johor.
Semalam, Puad keluar Umno dan berkata beliau tidak lagi mampu berdiam diri mengenai apa yang disifatkannya sebagai kekurangan autonomi dalam membuat keputusan di Umno Johor.
Pada 17 Jun lalu, Puad mengesahkan tidak akan mempertahankan DUN Rengit yang disandang sejak 2022 atas faktor usia.
Dalam pada itu, Zahid berkata Umno amat menghargai ahli baharu dan lama yang terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Johor.
“Yang penting ialah memberikan sokongan kepada semua 56 calon BN bagi PRN Johor bakal diadakan 11 Julai nanti,” katanya.


