Bekas ahli MKT Puad Zarkashi juga berkata Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh tidak faham.Bekas ahli MKT Puad Zarkashi juga berkata Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh tidak faham.

Umno berdepan risiko ditolak pengundi muda, kata Puad

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Mohd Puad ZarkashiBekas pemimpin, Puad Zarkashi, dakwa Umno Johor gagal memenuhi aspirasi anak muda.

PETALING JAYA: Umno berdepan risiko ditolak oleh pengundi muda lantaran calon-calon yang dipertaruhkan parti itu untuk PRN Johor, menurut bekas pemimpin, Puad Zarkashi.

Puad berkata Umno sepatutnya dipimpin generasi keempat seperti Pengerusi Barisan Nasional Johor, Onn Hafiz Ghani, namun, malangnya ramai calon Umno daripada ‘generasi ketiga’.

Beliau juga mendakwa Umno membariskan calon ‘kitar semula’, tidak berapa baik kebolehannya, dan ‘anti aspirasi anak muda’.

Bekas ahli majlis kerja tertinggi menambah Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, tidak memahami perkara ini.

“Umno Johor gagal memenuhi aspirasi anak muda. Generasi keempat terpinggir. Itu yang Akmal tidak faham,” katanya di Facebook.

Puad seterusnya menyenaraikan beberapa individu bersekali usia dan ringkasan politik masing-masing,

“Maka bagaimana anak muda mahu tertarik dengan Umno,” soalnya.

Sebelum ini, Akmal menyangkal dakwaan bahawa Umno Johor tidak menepati aspirasi orang muda kerana 13 calon BN berusia bawah 40 tahun.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan BN bertanding di semua kerusi.

Akmal juga menambah Puad bertanding pada PRN lalu pada usia 60-an.

Puad keluar parti pada pada 25 Jun lalu, mendakwa beliau tidak lagi boleh berdiam diri terhadap apa yang disifatkannya sebagai kekurangan autonomi Umno Johor dalam membuat keputusan.

Puad turut menuduh Onn Hafiz sekadar menjadi ‘pak turut’ dan mendakwa beliau menjadikan Umno Johor sebagai ‘boneka yang terikat dengan kawalan luar’.

Onn Hafiz menolak dakwaan Puad manakala Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Puad sebelum ini mengugut untuk keluar parti dan mengkritik Umno secara terbuka jika anaknya tidak dicalonkan di kerusi Rengit.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002611
$0.00002611$0.00002611
-3.51%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus